Connect with us

Hiburan

“Elak Ibu Bapa Forward Berita Palsu..” – Khairul Aming ‘Seru’ Warganet Bidas Berita Palsu COVID-19 Dengan Fakta Sahih 

Pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai ibu bapa yang ‘gemar’ kongsikan berita palsu berkaitan COVID-19. ‘Gerakan’ Khairul Aming menyeru orang ramai untuk..

Published

on

Semenjak kemunculan wabak COVID-19 dalam negara kita, semakin banyak berita palsu mengenai wabak merbahaya ini merebak terutamanya dalam kalangan ibu bapa kita. Ramai di antara mereka yang mudah ‘terpedaya’ dengan mesej-mesej yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp terutamanya apabila ia dihantar oleh rakan-rakan mereka. Baru-baru ini, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming menyeru orang ramai untuk ‘membalas’ berita palsu COVID-19 dengan fakta-fakta daripada sumber sahih kepada ibu bapa.

Khairul yang memuat naik sebuah ciapan di akaun Twitter miliknya itu berkata dia banyak kongsikan perkara yamg lebih berfaedah dalam group WhatsApp keluarganya contohnya seperti maklum balas mangsa COVID-19 dan mengenai keselamatan penerima vaksin. Tambahnya lagi, Khairul juga meminta ibunya untuk turut sama-sama menyebarkan fakta sahih COVID-19 itu kepada kenalannya.

Baca juga: Wargamaya Kini Meminta Supaya ‘Total Lockdown’ Dilakukan Segera Susulan Kenaikan Angka Kematian Covid-19

Menerjah di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan pengikut Khairul yang berhadapan dengan ibu bapa yang gemar menyebarkan berita palsu mengenai penyakit COVID-19 di WhatsApp. Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dapat mengawal dan betulkan semula pemahaman ibu bapa yang telah terlalu jauh mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh kenalan mereka. Ramai di antara pengikut Khairul yang bersetuju dengan ‘gerakan’ yang dibuat ini sebagai salah satu langkah untuk mengubah persepsi negatif dan membendung ibu bapa mereka daripada mempercayai berita palsu.

Aduhai, sayu apabila mendengar rintihan hati mereka. Khairul turut mengajak pengikutnya di Twitter yang kini telah mencecah 778.4 ratus ribu pengikut itu untuk membentuk dan mendidik persekitaran kita. Hal ini adalah sesuatu perkara yang amat mustahak lebih-lebih lagi kini ibu bapa terlalu ‘bergantung’ kepada gadjet dan media sosial untuk sebarang maklumat terkini. Ada betulnya juga apa yang Khairul suarakan itu. Jika kita sebagai anak-anak tidak berjaya menepis dakwaan dan pemahaman berita palsu di fikiran ibu bapa, nescaya ada kemungkinan mereka tidak akan berani untuk mengambil vaksin.

“Let’s play our role to educate our circle, especially mak ayah kita yang tak aware dengan fakta yang betul. Lagi-lagi lepas dah terpengaruh dengan kawan-kawan alumni zaman sekolah dia yang main forward je whatsapp merapu. Debunk myhts, educate them, and together we can fight covid soon” ujar Khariul dalam nada yang tegas.

Baca juga: “Kembalikan ‘Sally’ Yang Dulu..” – Peminat Upin Ipin Sedih Karakter Lembut Salleh Jadi ‘Keras’

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter Khairul Aming

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di