Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Drama Scammer Bukan Drama Cliche, ShahrulEzad Bangga Slot Pertama Hampir Cecah 800 Ribu Tontonan

today29 May 2021

Background

Drama terbaru Scammer, terbitan Radius One, mula ditayangkan pada 24 Mei yang lalu. Drama ini dikatakan lain daripada yang lain. Tiada lagi drama ‘cliche‘ cinta antara dua darjat, kini penggiat seni tempatan semakin kreatif dan inovatif dalam berkarya. Nampak daripada tajuk drama pun dah buat orang ramai tertanya-tanya tentang drama terbitan terbaru ini dan sanggup tunggu sehingga lewat malam.

Pengasas syarikat terbitan Radius One, Shahrulezad, hari ini berkongsi rasa di laman Instagram miliknya bahawa dia bangga kerana drama yang bukan “mainstream” dan tidak ditayangkan pada waktu perdana ini mampu mencecah hampir 800 ribu tontonan pada slot pertama. Kata Shahrulezad, ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan.

Baca juga:Β Telefon Di Klinik Haiwan Tidak Berhenti Berdering Gara-Gara Berita Palsu Kucing Pembawa Virus Covid-19

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Shahrulezad mengaku bahawa pada mulanya dia agak skeptikal dan risau bahawa drama yang berkonsep “white collar criminal ala-ala Ozark” seperti ini tidak dapat diterima oleh peminat drama Melayu kerana ianya berbeza dengan cerita-cerita cinta yang selalu ditayangkan di televisyen. Namun, selepas melihat daripada jumlah tontonan yang dicapai, ternyata drama genre jenayah seperti ini disukai ramai.

Shahrulezad akui ramai juga yang bertanya mengapa drama ini disiarkan terlalu lewat iaitu pada jam 11 malam. Oleh itu, Β dia berharap agar drama-drama seperti ini dapat diangkat dan ditayangkan di waktu perdana supaya lebih ramai orang dapat menontonnya.

Menerusi tinjauan balas, rata-rata meluahkan rasa suka dan minat dengan drama ini kerana bagi mereka drama genre ini lain daripada yang lain, ia bagaikan membawa nafas yang baru buat karya seni di Malaysia. Ada juga yang komen bahawa Shahrulezad merupakan penerbit dan pengarah yang peka dengan isu semasa dan berani ketengahkan isu yang dianggap “taboo” dalam kalangan masyarakat di Malaysia melalui karya-karyanya seperti drama Nur yang pernah mencetus fenomena.

Bila kita lihat semula sebenarnya industri perfileman dan drama di negara kita sudah mula berkembang. Pengarah-pengarah kini lebih berani dan kreatif. Lihat sahaja drama Projek Anchor SPM yang ditayangkan tahun ini, hampir setiap hari judulnya trending di Twitter. Ternyata penonton kini dahaganya karya yang berkualiti dan lain daripada apa yang selalu disajikan kepada mereka. Apa pun, kita berharap agar drama Scammer ini juga mampu memecah fenomena setara dengan drama berkualiti yang lain.

Baca juga:Β “Signing Out Now..” –Β  Ruangan Komen Pawagam Ini Di Banjiri Pengalaman Manis Pencinta Filem

Sumber:Β Shahrulezad

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

Mesej dalam lagu

KUALA LUMPUR: Peperangan dan perebutan kuasa yang melanda dunia, apatah lagi, ketika ini, krisis Palestin-Israel memuncak, menarik perhatian kumpulan reggae, Salammusik meluahkan rasa dalam single baharu.

today29 May 2021