Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Doakan Saya..” – Kanser Semakin Merebak, Elyana Bakal Jalani 10 Kali Rawatan Radioterapi

today16 June 2021

Background

Sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai pelantun lagu Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra dengan panggilan Elyana mengenai perkembangan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya hampir 11 tahun lalu. Menurut laporan Harian Metro, Elyana mengetahui keadaan kanser dalam tubuh badannya yang semakin merebak ke rahim, hati dan pangkal paha pada November 2020, meskipun doktor telah memaklumkan sel-sel kanser telah berkurangan.

Pada Januari 2021, laporan Berita Harian memaklumkan Elyana tidak dapat menjalani rawatan kemoterapi sejak tahun 2020 kerana keadaan berat badannya susut dan tidak mengizinkan dek kerana bimbang tubuh badan Elyana tidak kuat untuk menanggung kesan sampingan rawatan. Walaupun sukar untuk menelan makanan kerana berasa mual, Elyana berkata dia tetap gagah mamaksa diri untuk makan demi mendapatkan rawatan dan berat badannya meningkat kepada 44 kilogram (kg) daripada 36 kg.

Baca juga:Β Dikenalpasti Dijangkiti Dari Kilang, Anak Saudara Datin Alyah Ditidurkan Kerana Positif Covid-19

Terbaru, Elyana memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan kemoterapi darah di Insta Story miliknya pada 15 Jun 2021. Menurut Elyana, dia harus menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 2 beg darah dan setiap 1 beg itu memakan masa selama 3 jam. Tambah Elyana lagi, selepas rawatan kemoterapi selesai dia terpaksa memasukkan susu dalam badan disebabkan kondisi tubuh badannya yang terlalu kurus iaitu seberat 35 kg.

“Saya kena masuk sebanyak 2 beg darah. 1 bag tu dalam 3 jam. Jadi bersamaan dengan 6 jam sampai pagilah saya baring menerima rawatan lepastu disambung dengan susu disebabkan badan terlalu kurus. Berat saya sekarang 35 kg” katanya dalam nada biasa namun tetap tersenyum.

Terkenal dengan sikap periang dan suka ketawa, Elyana memaklumkan bahawa dia tidak mahu meneruskan rawatan kemoterapi, sebaliknya Elyana memilih untuk melakukan rawatan radioterapi di bahagian dada. Mungkin juga disebabkan faktor kesan sampingan kemoterapi yang lebih merbahayakan organ dalaman badan yang lain. Menurut Elyana, Β organ hati dan paru-parunya sedikit bengkak akibat terlalu kerap batuk.

“Saya beritahu doktor tak nak buat kemoterapi dan mahu membuat radioterapi sahaja di bahagian dada. Kena buat CT scan dulu untuk tengok sama ada boleh buat radioterapi ataupun tidak” luah Elyana.Β 

Pada pagi 16 Jun 2021, Elyana memuat naik Insta Story yang menunjukkan dia sedang mengambil susu yang dimasukkan dalam badan untuk memberi tenaga kepada tubuh badan ELyana selepas rawatan kemoterapi pada jam 4 pagi tadi. Tambah Elyana, dia turut menerima berita baik apabila dia dimaklumkan bahawa doktor telah bersetuju untuk melakukan rawatan radioterapi selama 10 kali.

“Doktor dah datang dan beritahu doctor dah decide untuk buat 10 kali radioterapi. Jadi saya akan buat rawatan radioterapi ini selama 10 hari bekerja. Doakan saya” katanya yang tak lekang senyuman di bibir.Β 

Terdahulu, Elyana mendedahkan mengenai kesakitan yang dialaminya itu secara umum selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. Malah, menurut sumber Berita Harian, difahamkan kali terakhir Elyana melakukan rawatan kemoterapi adalah pada tahun 2016.

Luahan hati Elyana sememangnya kedengaran sayu namun dia tetap cekal tabah menghadapi ujian yang menimpa dirinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di akhir Insta Story Elyana, dia memohon doa orang ramai agar dapat mendoakan kelancaran dan kesihatan dirinya agar cepat sembuh seperti sedia kala. Semoga Elyana terus kuat dan bersemangat untuk melawan penyakit kanser yang dialaminya itu. Jangan putus asa, Elyana!

“Saya berharap anda semua dapat mendoakan kelancaran dan kesihatan saya agar cepat sembuh dan saya juga akan mendoakan kesejahteraan kita semua”Β  luah Elyana dengan penuh harapan.Β 

Baca juga:Β Achey Sedia Melakukan Apa Saja Untuk Ibunya Yang Sakit

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Elyana , Harian Metro, Berita Harian

Written by: Hamka Rosli