Lain macam permintaan Dato Seri Vida kali ini! Rasanya beberapa hari ini mungkin masyarakat akan dihujani dengan berita tentang Anugrah Juara Lagu (AJL) ke 35 dan media sosial akan penuh dengan kisah-kisah AJL ke35. Walaupun tahun ini ia dijalankan dengan cara normal baharu namun ia tentang dapat sambutan yang luar biasa daripada peminat-peminat seni muzik Malaysia.
Kembali kepada kisah Dato Seri Vida atau lebih mesra di sapa DSV, baru-baru ini beliau telah membuat satu luahan video di Instagram miliknya tentang acara tahunan AJL35. Menerusi perkongsian tersebut, DSV jelaskan bahawa beliau sangat kagum dengan persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. DSV rasakan persembahan tersebut sudah cukup membuatkan hatinya tersentuh.
Tambah DSV, beliau percaya yang Nabila sudah buat sehabis baik untuk menyampaikan lagunya itu . Kata DSV, kita tidak boleh puaskan hati semua orang dan percaya diri kita tahu yang mana terbaik. Beliau turut menyatakan kesilapan kecil Nabila semasa menyampaikan lagu kegemaran DSV itu bukanlah satu masalah besar. Ia perkara biasa terjadi dalam nyanyian.
View this post on Instagram
DSV juga berkongsi bahawa dia merasakan yang Nabila mempunyai suara yang sangat unik dan lain dari yang lain. DSV turut memuji lagu dan lirik lagu Peluang Kedua sehinggakan dia bertanya adakah Ezra Kong dan Hael Husaini sudi membuatkan sebuah lagu untuknya? DSV mahukan satu lagu Peluang Keempat yang membawa maksud perkahwinannya yang keempat. Amboi DSV!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh DSV. Tambah mereka, sebagai masyarakat yang prihatin perlu fahami situasi yang dialami Nabila sekarang dan ambil peluang yang ada untuk terus perbaiki apa yang masih perlu. Baguslah pengikut DSV ini, sangat positif seperti DSV!
Apapun, agaknya berjaya atau tidak DSV dapat lagu daripada Hael Husaini dan Ezra Kong? Kalau betul ia terlaksana, mungkin kita dapat lihat DSV di pentas AJL ke 36 tahun depan? Go DSV go!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ada Hubungi Cik B & Kacak, Tidak Berjawab..”- Bekas Suami DSV Mahu Hak Lawatan Anak
Datuk Seri Vida Senaraikan Ciri-Ciri Lelaki Idamannya
Sumber: Instagram DSV