Connect with us

Hiburan

Dalam Masa Tiga Bulan, Tiga Lelaki Dikahwini Untuk Selesaikan Masalah Kewangan

Ni bukan madu tiga…

Published

on

Desakan hidup memang memeritkan dan ada sebahagian sanggup lakukan apa sahaja untuk keluar daripada kesempitan hidup. Itulah yang dilakukan seorang wanita di New Delhi, India apabila dia dikatakan sanggup mengahwini tiga lelaki lain secara berturut-turut dalam tempoh tiga bulan sebelum memperdayakan mangsa.

Menurut laporan, penipuan wanita bernama Vijaya Amrute, 27 tahun, itu terbongkar selepas salah seorang mangsa yang juga bekas suaminya, Yogesh Shirsath membuat laporan polis. Shirsath dikatakan membuat laporan selepas berasa tertipu apabila Amrute bertindak melarikan diri hanya selepas dua minggu menjadi isterinya, sebelum mengetahui status sebenar Amrute yang sudah berkahwin.

Selepas Shirsath membuat laporan, pihak polis pun membuat penahanan terhadap Amrute untuk disoal siasat. Hasil siasatan awal agak mengejutkan apabila mereka mendapati wanita tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Melalui kisah Amrute pula, dia dikatakan mengalami masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 serta suaminya pula kehilangan pekerjaan. Disebabkan terdesak dengan masalah kewangan yang dialaminya, Amrute memutuskan untuk mengahwini tiga lelaki lain.

Pihak polis mengatakan modus operandi wanita itu adalah dengan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang berharta dan melarikan diri tidak lama selepas berkahwin bersama barangan berharga milik suami baharunya. 

Baca juga artikel menarik lain:

Suami Rahsiakan Kepala Botak Sebelum Kahwin, Isteri Buat Laporan Polis…

Kahwin Cerai Sudah 10 Kali, Wanita Ini Ingin Cari Mr. Right

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.