Connect with us

Hiburan

Cubaan Lari Dari Penjara Alcatraz Paling Berani

Ni antara kisah-kisah penjenayah yang diangkat menjadi filem…

Published

on

Penjara Alcatraz merupakan sebuah penjara yang terletak di Pulau Alcatraz, jaraknya 1.25 batu dari persisiran pantai San Francisco, California, Amerika Syarikat. Kalau baca kisah-kisah dari internet dan juga jurnal, penjara Alcatraz ni boleh dikategorikan sebagai penjara yang paling susah banduan nak larikan diri. Yelah macam mana nak larikan diri kalau dah penjara tu terletak di satu pulau yang jauh dari darat. Tapi pada tahun 1962, banduan yang merupakan penjenayah rompakan bank, Frank Morris, John Anglin dan Clarence Anglin hilang dari radar Alcatraz. Dikatakan mereka menggunakan sudu yang diasah untuk menembusi dinding penjara, meninggalkan patung di tempat tidur mereka dan merentas lautan menggunakan rakit yang diperbuat daripada 50 baju hujan. 

Kalau difikirkan memang agak mustahil mereka dapat melepasi lautan tersebut dengan menggunakan rakit baju hujan tu. Tapi apa yang membuatkan pihak berkuasa bingung adalah mayat mereka tidak pernah dijumpai, dan ketiga-tiga banduan tidak dapat dikesan selepas itu. Jadi ia menjadi persoalan sama ada mereka mati di Teluk San Francisco yang berombak itu atau selamat sampai ke darat dan betul-betul hidup tanpa dikesan.

Kes Ditutup Oleh FBI, Tetapi…

Selepas kes mereka melarikan diri dari Alcatraz, hampir enam dekad tidak dapat dijejaki, maka orang ramai mula membuat kesimpulan bahawa prison escape mereka gagal dan masing-masing menemui ajal. FBI menutup kes mereka pada tahun 1979 dengan kesimpulan mereka bertiga tidak terselamat semasa menyeberang lautan tersebut. Berkemungkinan ‘dimakan’ ombak dan air yang sejuk sebelum sempat sampai ke darat. 

Tapi sesuatu yang mengejutkan berlaku. Pada bulan Januari 2018, CBS News menerbitkan petikan surat yang ditujukan kepada FBI yang membawa kisah yang berbeza tentang pelarian ketiga-tiga banduan dari penjara Alcatraz, dan mendakwa ketiga-tiga mereka bebas sejak tahun 1960-an. Dalam surat tersebut terdapat tulisan yang dipercayai milik John Anglin yang mengatakan bahawa dia berjaya melarikan diri pada Jun 1962 bersama Clarence Anglin dan Frank Moris. Tambahan lagi, dalam surat tersebut dia menyatakan bahawa umurnya sudah mencecah 83 tahun dan kesihatannya sangat teruk akibat penyakit barah. Menurut surat itu, cubaan merentasi lautan hampir-hampir tidak berjaya. 

Kebenaran Tentang Surat Misteri

Surat itu dikatakan telah diterima pada tahun 2013, tetapi dirahsiakan sepanjang penyiasatan terhadap kesahihannya. Sebuah makmal FBI telah memeriksa cap jari dan DNA dari surat itu, tetapi masih tidak dapat membuat satu kesimpulan muktamad. Menurut pihak FBI, boleh jadi surat itu benar, dan boleh jadi tidak benar. 

Dalam surat itu juga John Anglin menjelaskan bahawa dia seorang sahaja yang hidup buat masa ini. Bermakna Frank Moris dan Clarence Anglin dah tak ada sejak tahun 2005 dan 2008. John Anglin cuba membuat tawaran kepada pihak berkuasa untuk menghukumnya dengan hukuman selama satu tahun penjara. Jika pihak berkuasa bersetuju, maka dia akan memberitahu lokasi tempat dia bersembunyi. Tawaran ini dilakukan olehnya untuk mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukannya. Tapi pihak FBI tidak melakukan apa-apa tindakan selepas itu. 

Ada Bukti Lain Menunjukkan Mereka Berjaya Melepasi Alcatraz

Terdapat gambar yang disyaki memaparkan gambar mereka bertiga yang diambil di Brazil selepas 13 tahun kehilangan mereka. Selain itu, ahli keluarga Anglin juga melaporkan perkara pelik yang berlaku selepas kes ketiga-tiga penjenayah itu lari dari Alcatraz. Anak buah kepada John dan Clarence Anglin mengatakan bahawa neneknya ada menerima bunga mawar selama beberapa tahun selepas kes pelarian penjara itu.

Dia juga berkata bahawa sepatutnya pihak berkuasa menghubungi mereka sekeluarga selepas menerima surat tersebut, di mana dia merasakan keluarganya perlu tahu bahawa John Anglin sedang sakit. Pihak berkuasa dikatakan cuba menutup kes tersebut bagi menjaga imej jabatan keselamatan negara.

Penjara Alcatraz Ditutup

Penjara ini ditutup secara kekal pada tahun 1963, setahun selepas ketiga-tiga banduan itu hilang. Tapi sekarang ia menjadi tempat tumpuan kepada lebih dari satu juta pelancong setiap tahun. Kisah pelarian ketiga-tiga banduan itu juga telah diadaptasi menjadi sebuah filem pada tahun 1979 dengan judul Escape From Alcatraz.

Baca juga artikel menarik lain:

Bunuh Dan Makan 17 Mangsanya, Jeffrey Dahmer Akhirnya Dibunuh Dalam Penjara

Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia, Penjenayah Pedofil Dibunuh Kejam Dalam Penjara!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.