Connect with us

Hiburan

Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Walaupun Azfar menyokong benda yang baik, namun ada netizen yang tidak senang duduk sebab…

Published

on

Boleh dilihat hampir setiap hari wargamaya seperti melancarkan ‘perang saraf’ terhadap golongan artis ataupun influencer. Pasti apa yang mereka lakukan akan diperhatikan, dan setiap kesalahan akan diperkatakan. Terbaharu, influencer media sosial, Azfar Heri pula menjadi mangsa terbaharu apabila seorang wargamaya mengherdiknya di Twitter dan herdikan itu disambut oleh ramai orang. 

Kisahnya bermula dengan satu ciapan oleh Mira Filzah yang menegur orang ramai untuk berhenti buat content tanpa usul periksa dahulu sehingga menyebarkan berita palsu.

Baca juga: “Memang Kena Bagi Bantuan Sampai Masuk Kubur Ke?” – Michael Ang ‘Sekolahkan’ Netizen Tentang Self-Lockdown

Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke, Twitter ke, buat content atau statement ke, bergurau ke, pakai otak sikit?,” tulis Mira dalam kenyataannya. 

Ramai yang menyokong ciapan tersebut sehingga mendapat lebih 18 ribu ulang ciapan. Selain wargamaya marhaen, golongan influencer juga tidak ketinggalan menyatakan sokongan. Azfar Heri antara salah seorang yang membalas ciapan tersebut dengan komen seperti menyatakan sokongan. 

Walaupun Azfar menyokong benda yang baik, namun ada wargamaya yang tidak senang duduk dan terus membalas komen Azfar itu dengan mengherdiknya. Kata pengguna Twitter tersebut, Azfar juga antara mereka yang pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Herdikan tersebut disokong oleh ramai orang juga sehingga mendapat lebih 2 ribu ulang ciapan. Bagaimanapun, komen yang dikeluarkan Azfar itu didapati telah dipadamkan, namun sempat ditangkap layar oleh wargamaya lain. Apa-apa pun, berbalik kepada kenyataan Mira Filzah, sepatutnya sebelum kita kongsikan apa-apa perlulah fikir dan semak dahulu sumbernya. Tak naklah sampai jadi berita palsu.

Baca juga: “Janganlah Serba Serbi Salah”- Mila Jirin Sedih Perdana Menteri Dilabel ‘Bo**h’, Minta Orang Ramai Muhasabah Diri

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di