Connect with us

Hiburan

“COVID Ni Datangkan Kerunsingan” – Baby Kena Swab Test Sampai Menangis, Isteri Fad Bocey Bersyukur Anak Tetap Kuat

Anak bongsu Fad Bocey terpaksa melakukan ujian calit COVID-19 dek kerana terdedah dengan individu yang positif…

Published

on

Sebenarnya pandemik COVID-19 ni yang menjadi kerisauan adalah sekiranya virus tersebuk menjangkiti ahli keluarga kita. Sedih melihat kalau ada ahli keluarga yang sampai terpaksa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) sebab wabak ini. Lagi risau kalau anak kita yang masih kecil, usia tidak sampai setahun lagi, juga terdedah kepada risiko COVID-19. 

Sebab itu kanak-kanak yang masih kecil tidak digalakkan untuk berada di tempat yang sesak. Menerusi perkongsian terbaharu isteri Fad Bocey, iaitu Nur Syahirah Rahman, dia berkongsi video bagaimana anak bongsunya, Ibrahim Jibriel terpaksa melakukan ujian calit COVID-19 dek kerana terdedah dengan individu yang positif.

Baca juga: “Amanah, Pantas, Dan Tak Buta Hati” – Cadang UEL Jadi Perdana Menteri, Namun Ramai Tak Setuju

Menurut Syahirah, mereka menerima maklumat bahawa mereka ada berjumpa dengan individu yang positif COVID-19. Tempoh selepas dapat tahu mengenai perkara itu adalah seminggu kemudian, dan mereka tidak menunjukkan sebarang simptom pada ketika itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anaknya mengalami batuk dan selesema. 

“Ibrahim memang budak yang baik dan kuat. Dia tengok je orang tu pakai PPE. Luluh hati tapi untuk pastikan semua bebas COVID-19, kami serah diri,” ujar Syahirah berkongsi pengalaman tersebut. 

Selepas mendapatkan nasihat, akhirnya dia bersetuju untuk melakukan ujian calit terhadap anak bongsunya itu. Dalam pada itu, Syahirah juga menitipkan nasihat untuk orang ramai agar elakkan diri dari tempat sesak. Memang kita banyak benda nak buat, tapi kena bertahan dahulu sampailah wabak penyakit ni dah reda. 

Kata Syahirah lagi, satu hari nanti dunia kita tetap akan bebas daripada COVID-19 ini. Apa-apa pun, semoga Fad sekeluarga dalam keadaan baik-baik sahaja dan terhindar daripada wabak ini. 

Baca juga: #SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.