Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Cik B Shopping Sakan Beli Hadiah Kacak, Netizen Tawar Diri Jadi Bodyguard Dan Pembantu

today18 March 2021

Background

Siapa je tak sayang dekat adik beradik sendiri sehingga sanggup belikan hadiah yang paling best untuk adik kesayangan. Itulah yang dilakukan oleh Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, berkongsi gambarnya membeli belah barangan mewah di Ibu Kota.

Menerusi tinjauan di Instagram Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih popular disapa Datuk Seri Vida (DSV) pula, difahamkan beliau dan Cik B membeli belah untuk hadiah Kacak. Menurut DSV, Cik B sendiri yang memilih hadiah kegemaran Kacak. Memang nampak shopping sakan anak beranak tu dalam kedai berjenama mewah.Β 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Dalam kapsyen hantaran tersebut, DSV menjelaskan Kacak, atau nama sebenarnya, Muhammad Eric Zaquan, sememangnya penggemar atau pengumpul kasut berjenama. Kadang-kadang tu boleh habis beribu-ribu ringgit untuk kasut-kasut zaman dahulu atau vintage. Itulah yang membuatkan Cik B memberi hadiah kasut berjenama buat Kacak sempena hari kelahirannya.

Bagaimanapun, melalui video tersebut jelas keakraban Cik B dan juga adiknya Kacak, sampaikan DSV pun terkejut Cik B tahu saiz kasut kacak. DSV sendiri akui yang beliau pun tak ingat saiz kasut anak lelakinya itu.Β 

Sementara itu, gambar shopping sakan yang dikongsikan Cik B di Twitter pula mendapat pelbagai respon daripada wargamaya. Dengan meletakkan kapsyen β€˜Bodyguard Mama,’ maka ramailah wargamaya yang lain turut tawarkan diri untuk jadi pengawal peribadinya. Selain itu, tidak kurang juga ada yang tawarkan diri untuk jadi pembantu tukang angkat barang. Memang macam-macam telatah wargamaya di ruangan komen. Tapi tentulah respon-respon yang diberikan hanyalah gurauan buat Cik B.

Baca juga artikel menarik lain:

Instafamous Berkebaya Merah Pamer Aksi Cekap Tunggang RX-Z Disaman JPJ

[VIDEO] “Berterabur Step” – Adira Berseloroh Buat TikToK Dengan ‘Adik’, Gaya Anak Menari Jadi Tumpuan

Sumber daripada: Twitter & Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Cemburu melampau undang keganasan – Kosmo Digital

SHARKAWI LONDINGWARTAWAK EKSEKUTIFKEJAM. Aksara ini tepat bagi menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang dituduh membunuh isterinya di Kota Tinggi, Johor, 1 Mac lalu. Lelaki berusia 43 tahun itu didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke atas ibu dua anak tersebut dengan menggunakan senapang angin ketika mangsa sedang tidur. Mayat mangsa kemudian disumbat di dalam tong air sebelum dibawa ke sebuah ladang untuk ditanam bagi melupuskan bukti. Helah pemandu jengkaut itu akhirnya terbongkar... […]

today18 March 2021