Connect with us

Hiburan

“Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’..” Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati

Semua perkara yang berlaku ada sebabnya..

Published

on

Masalah rumah tangga atau kata mudah masalah dalam kamar suami isteri seharusnya dijaga rapi daripada diketahui orang luar. Namun, sekarang isu rumah tangga pasangan suami isteri lebih lagi jika mereka dikenali sudah menjadi bualan makcik bawang dan netizen seakan ia adalah satu masalah yang biasa. Tidak dinafikan berita curang dan mempunyai orang ketiga dalam satu perhubungan bukanlah suatu yang baru kita dengar. Oleh itu, seorang doktor yang juga merupakan seorang selebriti media sosial telah berkongsi pendapatnya tentang isu ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say meluahkan rasa kesal dengan isu curang suami isteri dan ia membuatkan dirinya tertanya sama ada salah siapakah perkara ini berlaku? Salah si suami? Salah si isteri? Ciapan Dr Say telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata telah berkongsi kisah dan pendapat mereka berkaitan isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menurutnya, semua yang berlaku pasti ada sebabnya dan kenapa seorang lelaki bertindak untuk curang pun ada sebab. Salah satu sebabnya mungkin si isteri terlalu kerap membebel, si isteri tidak memuaskan kehendak suaminya atau si isteri tidak menepati jangkaan sang suami. Namun, Dr Say menegaskan kekurangan seorang isteri bukanlah satu alasan untuk suami melakukan curang kerana semua perkara boleh dibawa berbincang.

Dr Say menyarankan jika ada apa yang tidak puas hati, pasangan suami isteri haruslah duduk bersama dan komunikasi tetapi bukanlah duduk bersama perempuan lain. Setiap pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan tetapi mereka perlulah bersedia untuk tolak ansur dan cuba untuk melengkapi satu sama lain. Ini adalah satu langkah  ke arah hubungan yang lebih sihat.

Berkomunikasi antara suami isteri akan dapat membantu pasangan untuk improve kekurangan masing-masing. Tindakan mengendahkan sikap yang kita tidak suka dalam pasangan bukanlah satu langkah yang bijak kerana ia boleh menjadi satu lubang kecil yang mungkin akan membesar sekiranya kita membiarkan ego menguasai diri. Apapun, jika anda dan pasangan menghadapi situasi seperti yang dibincangkan, kami sarankan anda bukalah mata dan hati untuk mendengar luahan hati pasangan masing-masing kerana mungkin masalah berpunca dari sikap diri sendiri.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenapa Wujudnya Orang Ketiga Dalam Sebuah Hubungan?

Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

 

 

Sumber: Instagram Dr. Say

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di