Connect with us

Hiburan

Bongkah Ais Sebesar Tiga Kali Ganda Kota London Dalam Laluan Merempuh…

Besarnya bongkah ais tu…

Published

on

Mungkin antara kita hanya tahu tentang tragedi yang berkaitan dengan bongkah ais melalui filem Titanic. Namun, baru-baru ini para saintis menemui bongkah ais terbesar di dunia, dikatakan terpisah daripada lapisan ais utama. 

Bongkah ais itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg. Tapi apa yang menyeramkan tentang laporan ini adalah, ia dikatakan hanyut di lautan dan berada dalam laluan untuk merempuh Wilayah Seberang Laut Britain. Ini bukan kapal laut yang dilanggar bongkah ais, tetapi sebuah wilayah!

Dalam pada itu, London telah menghantar robot kapal selam bagi tujuan pengawasan. Bongkah ais yang dinamakan A-68s itu dilaporkan terpisah daripada lapisan ais Larsen C di Benua Antartika pada 2017 dan hanyut di laut sejak itu.

Menurut laporan Daily Star, setakat April tahun 2020, saiz bongkah ais tersebut adalah seluas 5179.976 kilometer persegi. Sebagai perbandingan, saiz kota London adalah 1,572 kilometer persegi. 

Dalam Laluan Menuju Ke Pulau Tanpa Penduduk

Bagaimanapun, menurut perkiraan, bongkah ais gergasi itu dalam laluan menuju ke Pulau Georgia yang merupakan Wilayah Seberang Laut Britain dan terletak di selatan Lautan Atlantik. Menurut pakar, rempuhan tersebut tidak dapat dielakkan.

Pulau South Georgia tidak mempunyai penduduk tetap tetapi menjadi tempat perlindungan hidupan liar yang penting dan habitat kepada berjuta-juta penguin, anjing laut serta  haiwan lain. Walaupun tidak mempunyai perkampungan atau pendudukan di situ, pelanggaran tersebut tetap membimbangkan kerana boleh memusnahkan ekosistem di sekitar pulau kecil itu.

Pulau Georgia Selatan mempunyai panjang 165 kilometer dan lebar 35 kilometer. Dalam masa yang sama, Jabatan Penyelidikan Antartik Britain (BAS) telah mengesan aisberg itu berbulan-bulan lamanya dan sedang memantau situasi terkini. Bernasib baik juga bongkah ais tu tak dekat dengan mana-mana kawasan yang ada penduduk tetap, tapi negara paling dekat dengan pulau itu adalah Argentina pada jarak sekitar 2,700 kilometer.

Baca juga artikel menarik lain:

Sukar Menjadi Pemain Bola Tampar Kerana Dikatakan ‘Terlalu Cantik Untuk Bermain

Kenapa Burung Kakak Tua Boleh ‘Bercakap’ Seperti Manusia?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di