Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Betul Ke Isi Secara ‘Terbalik’ Boleh Dapat Minyak Lebih? Pak Cik Shell Bongkar Kesahihan Dakwaan Ini!

today13 April 2021

Background

Memang dah menjadi kebiasaan kita semua buat sesuatu perkara tu berdasarkan β€˜mitos’ atau dakwaan yang disebarkan dari mulut ke mulut. Seperti mengisi minyak di pam minyak, banyak rasanya dakwaan-dakwaan yang menyatakan cara begitu atau begini lebih efisien sebab boleh dapat ekstra minyak. Kita ni pun percaya dan yakinlah kalau isi minyak ikut cara tu, kita akan dapat minyak lebih.

Pernah tak anda dengar tentang dakwaan isi minyak secara β€˜terbalik’ boleh dapat minyak lebih? Dakwaan ini menggunakan logik di mana lebihan minyak dalam hos itu akan masuk ke dalam tangki minyak kereta kalau ia berada dalam kedudukan yang tegang. Tapi betul ke logik ni? Jadi bagi merungkai persoalan dan misteri ini, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell melakukan sedikit ujikaji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Baca juga:Β Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

Jadi kesimpulannya, dakwaan tersebut adalah auta dan tidak benar. Kalau anda lihat minyak yang berada dalam hos itu tidak akan turun ke dalam tangki minyak anda. Selain itu, tindakan mengisi minyak secara β€˜terbalik’ ini juga boleh mengakibatkan kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk kesan minyak penuh jika diletak terbalik. Bolehlah maklumkan kepada rakan-rakan anda yang suka isi terbalik tu tentang fakta sebenar ini.

Dalam pada itu, Pak Cik Shell juga mengingatkan orang ramai untuk tidak meniru aksi ujikaji tersebut atas faktor keselamatan. Pak Cik Shell dan team lakukan ujikaji tersebut dengan persediaan rapi dari pasukan keselamatan dan alatan yang selamat.

Baca juga:Β Beri Hadiah Cincin Dibuat Dari Kertas, Ramai Puji Anak Rita Rudaini Kreatif Beri Hadiah Sempena Hari Lahir

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post