Connect with us

Hiburan

Berjanji Mahu Sertai Parlimen, Caprice Akui Tanggungjawab Semakin Berat

Caprice akui sedih dan sebak apabila Tun M berkata bahawa “masanya sudah sampai” sambil meninjau ke luar tingkap. Caprice menambah bahawa dia terasa seperti bakal kehilangan seorang figura yang bergelar datuk buatnya. Dia kemudian diberi kekuatan untuk membuat satu janji kepada Tun M bahawa dia akan menyertai parlimen dan membawa perubahan baru kepada negara.

Published

on

Konflik di antara rakyat Palestine dan Israel menjadi perhatian dunia apabila berlakunya krisis kemanusiaan di Palenstine. Beberapa hari yang lepas, seorang penyanyi rap dan usahawan terkenal Caprice berani menampilkan diri untuk mengulas mengenai isu ini bersama dua orang influencers Israel yang bernama Orin dan Shiraz menerusi Instagram Live yang ditonton 200 ribu orang.

Permulaan perdebatan tersebut bermula dengan agak tegang apabila Orin dan Shiraz masing-masing teguh mempertahankan tindakan Israel dan menepis untuk menjawab soalan-soalan kontroversi namun Caprice tetap tenang sepanjang ia berlangsung. Bagaimanapun, di akhir IG live tersebut Caprice mendapat persefahaman bersama Shiraz untuk menyebarkan kasih sayang di antara rakyat Palestine dan Israel. Tindakan Caprice dipuji ramai sehingga namanya trending di Twitter.

Baca juga: “Salute To You Cap!”- IG Live Caprice Bersama “Influencers” Israel Mendapat Perhatian Orang Ramai

Terbaru, Caprice dilihat berkongsi beberapa keping gambar di laman akaun Instagramnya mengenai perjumpaanya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat peribadi milik bekas Perdana Menteri itu. Menurut Caprice, tujuan perjumpaan itu adalah untuk membentangkan idea miliknya kepada Tun M serta visinya buat anak muda di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Caprice akui sedih dan sebak apabila Tun M berkata bahawa “masanya sudah sampai” sambil meninjau ke luar tingkap. Caprice menambah bahawa dia terasa seperti bakal kehilangan seorang figura yang bergelar datuk buatnya. Dia kemudian diberi kekuatan untuk membuat satu janji kepada Tun M bahawa dia akan menyertai parlimen dan membawa perubahan baru kepada negara.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Caprice mendapat jemputan daripada JAKIM untuk berkongsi pendapatnya bersama mereka. Caprice akui ini adalah tanggungjawab yang besar buatnya. Semakin hari semakin berat tanggungjawab yang perlu dipikulnya namun kata Caprice dia tetap akan teruskan berjuang demi saudaranya di Palestine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya menyokong Caprice menyertai parlimen malah ada juga yang berkata Caprice layak menjadi seorang pemimpin kerana sifat empatinya yang tinggi dan visinya yang luas. Caprice berjaya menyentuh hati ramai dengan impiannya.


Awal hari ini, Caprice ada berkongsikan ideanya di Instagram tentang brand terbarunya “Our Home”. Kata Caprice, sejak IG Live terdahulu viral di Malaysia dan di Israel dia meneruskan perjuangannya dengan menghadiri mesyuarat melalui Zoom bersama dengan mereka dari seluruh dunia. Kini, Caprice berhasrat untuk melancarkan gerakan baru yang melibatkan semua ahli demi mencapai keamanan dunia terutamanya di negara Islam.

Usaha Caprice ini dilihat betul-betul serious apabila Caprice turut menunjukkan slide ideanya ini kepada umum sambil menjelaskan perincian gerakan ini. Tambah Caprice, “once more and more people start wearing this (the symbol), it becomes a powerful symbol of peace. That’s the mission”.

Ini sememangnya adalah satu permulaan yang baik. Membawa sesuatu perubahan kepada dunia terutama proses “menanam” idea dan persepsi baru kepada umum bukanlah perkara yang mudah namun benar kata Caprice, ia perlu bermula dari sekarang. Apa pu, kita doakan yang terbaik buat Caprice. Semoga misi dan visi Caprice buat negara dan dunia tercapai.

Baca juga: Kebaikan Tidak Mengenal Bangsa, Foodrider Ini Diberi “Ang Pow” RM100 Kerana Berbudi Bahasa

Sumber: Caprice

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di