Connect with us

Hiburan

“Berapa Agaknya Owner Iklan Ni Bayar Ya..” – Selepas Zara Zya, Che Ta Pula Promosi Produk Dewasa

Jika diperhatikan memang produk ini banyak dipromosikan oleh artis dan influencer tempatan. 

Published

on

Beberapa hari yang lalu, kecoh di laman media sosial apabila Zara Zya dikecam hebat oleh wargamaya gara-gara dia menggunakan laman Instagramnya mempromosikan produk dewasa atau produk intim. Apa yang membuatkan wargamaya berkata-kata adalah iklan berkenaan tidak sesuai untuk ditonton terutama buat anak-anak muda kerana video yang dipamerkan mengundang kepada perkara yang tidak baik. Video tersebut menunjukkan lelaki dan perempuan dalam posisi berpelukan di atas katil.

Baca juga: “Tak Malu Ke Post Benda Macam Ini?” –  Zara Zya Ditegur Dan Kongsi Review Video Tak Senonoh

Terbaru, Che Ta pula dilihat mempromosikan produk yang sama di laman Instagramnya. Kasyen dan produk yang sama tetapi videonya sedikit berbeza. Video kali ini turut menampakkan aksi lelaki dan wanita berpelukan di atas katil tetapi versinya lain sedikit dari yang dikongsikan oleh Zara Zya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Meninjau ke ruangan balas posting tersebut, rata-rata wargamaya mengecam tidakan Che Ta mempromosikan produk dewasa seperti itu. Produk itu mungkin tidak ada salahnya namun video iklan tersebut nampak tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial yang terbuka.

Ada juga yang bertanya-tanya “berapa lah agaknya owner produk ini bayar untuk mempromosikan produknya sehingga Che Ta pun terjebak sama”. Jika diperhatikan memang produk ini banyak dipromosikan oleh artis dan influencer tempatan.

Selain itu, ada juga wargamaya yang berkata sebagai seorang artis yang dilihat ramai mereka sepatutnya berfikir dan menapis terlebih dahulu content yang ingin dikongsikan. Tidak semua golongan sesuai melihat perkara-perkara seperti ini.

Hal ini menjadi kerisauan kerana zaman sekarang ini anak-anak kecil pun ada gajet sendiri. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua untuk lindung anak-anak kecil dari dirosakkan oleh teknologi dengan menapis apa yang tidak sesuai dipertontonkan. Apa pun, kita doakan agar ada kata akhir dari isu ini, janganlah bertelagah dari satu akaun ke akaun yang lain ya.

Baca juga: “Bahasa Sangat-Sangat Hebat Kamu Semua..” – Zara Zya “Sinis” Dengan Netizen Yang Kecam Menggunakan Bahasa Kasar

Sumber: Che Ta

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di