Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Baru Tahu Mualaf Malaysia Tak Boleh Bersuara” – Michael Ang Bidas Komen Netizen Minta Dia Untuk Senyap

today19 May 2021

Background

Hak untuk bersuara itu sememangnya adalah hak semua orang. Tidak ada peraturan di dunia ini yang boleh menghalang seseorang daripada bersuara, selagi suara yang dilontarkan itu bukanlah sesuatu yang sensitif. Namun hakikatnya, bukan semua orang boleh menerima suara kita. Mungkin itulah yang dihadapi oleh pengarah dan penerbit kontroversi, Michael Ang yang baru-baru ini kerap bersuara mengenai isu kemanusiaan yang melanda Palestin.Β 

Menerusi perkongsian tangkap layar di Instagram miliknya, Michael membidas seorang wargamaya yang mengeluarkan kenyataan seperti menghalangnya daripada menyuarakan pendapat mengenai isu semasa. Kata wargamaya tersebut, Michael seharusnya belajar lebih lagi mengenai isu itu dari sudut pandangan Islam sebelum menyuarakan pendapat.Β 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Baca juga:Β “Muzik Itu Luas” – Dikatakan Punca Muzik Malaysia Tak Maju, Netizen Minta Harry Khalifah Teruskan Berkarya

Bagaimanapun, Michael tidak berdiam diri dengan kenyataan β€˜pedas’ yang dilemparkan kepadanya itu, dan kemudian membalas komen tersebut.Β 

β€œBaru saya tahu yang Mualaf Malaysia tak boleh bersuara. Untuk makluman anda, semua manusia di dunia ini berhak untuk bersuara tidak kira agama apa pun mereka anuti,” balas Michael.Β 

Sementara itu, wargamaya lain juga turut bersetuju dengan Michael dan merasakan mereka yang meminta untuk Michael berhenti bersuara hanya dengki kepadanya. Tidak kurang juga ramai yang menyatakan komen diterima Michael itu tidak mencerminkan komen daripada orang Islam, dan tentunya ia merosakkan imej Islam itu sendiri.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta Michael menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa membalas dengan sebarang provokasi. Apa-apa pun, mungkin sebab sekarang isu peperangan di Palestin masih lagi hangat, jadi mudah untuk ada yang terasa atau melenting.Β 

Baca juga:Β “Hentikan Perangai Gatal Pada Budak Kecil” – Netizen Tegur Ramai Cuba ‘Mengorat’ Anak Ustaz Ebit Lew

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post