Connect with us

Hiburan

“Bahasa Sangat-Sangat Hebat Kamu Semua..” – Zara Zya “Sinis” Dengan Netizen Yang Kecam Menggunakan Bahasa Kasar

Melalui tulisannya itu, dia berterima kasih kepada netizen kerana telah memberikan kecaman yang “membina”.

Published

on

Sejak semalam nama pelakon, Zara Zya tular di media sosial apabila rata-rata netizen mengecamnya dengan hebat kerana dia mempromosikan produk dewasa di laman sosial Instagram miliknya. Hantaran tersebut menerima komen negatif bukan hanya kerana ia tentang produk dewasa malah video yang dikongsi Zara secara terang-terangan menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan sedang berpelukan erat di atas katil.

Zara terus-terusan mendapat kecaman dan kata-kata yang tidak baik daripada netizen di posting-postingnya yang terbaru. Malah, di salah satu posting Zara yang melihatkannya selfie dengan memakai tudung yang labuh turut mendapat kejian daripada netizen antaranya dia pura-pura baik, tidak tahu malu dan terdesak.

Baca juga: “Tak Malu Ke Post Benda Macam Ini?” – Zara Zya Ditegur Dan Kongsi Review Video Tak Senonoh

Zara langsung tidak membalas dan melayan kata cacian yang diterimanya di media sosial. Dia tetap meneruskan kehidupan alam maya seperti biasa. Namun, menerusi temu bual yang dilakukan Kosmo! semalam, Zara Zya ada menjelaskan bahawa apa yang dikongsikan hanya untuk tujuan promosi semata-mata dan perkara tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian. Malah, Zara juga menambah bahawa netizen perlu bersikap lebih terbuka.

Terbaru, Zara Zya ada berkongsikan satu posting di Instagram storynya. Melalui tulisannya itu, dia berterima kasih kepada netizen kerana telah memberikan kecaman yang “membina”. Tambah Zara bahasa yang digunakan netizen memang “hebat” terutamanya bangsa Melayu sendiri. Daripada intonasi tulisan itu, Zara seakan sinis dengan netizen yang tak henti-henti menyemburnya dengan kata-kata yang tidak baik.

 

Mungkin ada yang tak senang dengan apa yang dikongsikan Zara terutama apabila memikirkan pengikut Zara yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan penampilan muslimah yang dibawanya namun, mengejinya dengan bahasa yang tidak baik bukanlah cara yang betul untuk menegur. Budaya kecam-mengecam ini perlu dihentikan dengan segera kerana sudah terlalu ramai yang menjadi mangsanya. Apa pun, kita doakan agar perselisihan ini dapat dileraikan dengan baik.

Baca juga: Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19

Sumber: Zara ZyaKosmo!

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.