Connect with us

Hiburan

“Bahagia Cara Sederhana Tapi Sangat Bermakna..” – Wargamaya Sebak Dengan Video Sambutan Hari Jadi Farid Kamil

Semalam, Diana Danielle ada berkongsikan satu video di mana dia dan keluarga kecilnya menyambut hari jadi suami tersayang, Farid Kamil. Ia bukanlah satu majlis yang besar dan ianya tidak dirancang.

Published

on

Siapa tak kenal dengan hero malaya, Farid Kamil bersama isterinya yang juga seorang pelakon jelitawan, Diana Danielle kan? Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan kini dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Che Mad dan Nur Aurora.

Baca juga: “Awak Puji Ke Perli? Saya Keliru Ni” –  Zizan Razak Beri Sokongan Padu Buat Aliff Syukri Buat Ramai Rasa Sangsi

 

Semalam, Diana Danielle ada berkongsikan satu video di mana dia dan keluarga kecilnya menyambut hari jadi suami tersayang, Farid Kamil. Ia bukanlah satu majlis yang besar dan ianya tidak dirancang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Tanggal tarikh lahir Farid Kamil jatuh pada 5 Mei namun menurut Diana mereka baru dapat menyambutnya sekali kerana Farid terlibat dalam penggambaran drama televisyen bersiri yang memintanya untuk berjauhan dari rumah selama 40 hari. Seusai mereka tahu Farid akan pulang, Diana sempat membeli sepotong kek batik.

Video yang dirakam itu melihatkan mereka sekeluarga sama-sama menyanyikan lagu hari jadi buat Farid Kamil. Apa yang menjadi tumpuan adalah reaksi dan layanan Farid terhadap isteri dan anak-anaknya. Lembut sahaja cara Farid berkomunikasi dengan keluarganya dan jelas terpampar betapa dia bersyukur dengan sambutan kecil ini.

Mereka turut memotong kek itu bersama-sama sambil berpelukan. Kemudian, Farid menyuapkan kek tersebut kepada mereka seorang demi seorang dengan ucapan yang berbeza. Di akhir video tersebut, Farid memeluk dua orang anak dan isterinya dan mencium mereka dengan penuh rasa kasih. Nampak rindu sangat Farid kepada keluarga.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tersentuh dengan video tersebut. Ramai yang turut mengucapkan selamat hari jadi buat Farid walaupun ianya telah berlalu dan ramai juga yang berkata bahawa Farid adalah ayah dan bapa yang penyayang.

Sambutannya kecil dan bersederhana namun penuh dengan kasih sayang, itulah yang dikatakan wargamaya. Ramai yang turut mendoakan keluarga ini agar sentiasa diberikan kebahagiaan.

Tengok video ni pun dah boleh buat orang tersenyum sendiri dan dalam masa yang sama sebak. Kita doakan semoga Farid Kamil panjang umur dan semoga keluarga ini diberi peluang untuk berkasih sayang seperti ini sehingga akhir hayat.

 

Baca juga: “Aku Beli Baju Raya RM800 Untuk Kau Dengan Anak..” –  Zarina Anjoulie Kesal Di Layan “Teruk” Oleh Bekas Suami

Sumber: Diana Danielle

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.