Connect with us

Hiburan

Ayda Jebat Tawar RM50 Setiap Hari Bagi Siapa Dapat Duduk Rumah Sewaktu Total Lockdown

Ayda Jebat nak bagi RM50 tu untuk siapa yang dapat duduk rumah dengan aktiviti yang menarik…

Published

on

Bagi total lockdown kali kedua ini, mungkin tak banyak idea-idea baru aktiviti di rumah seperti total lockdown kali pertama dahulu. Mungkin fokus rakyat untuk kali kedua ini adalah lebih kepada nak survive sepanjang dua minggu ini. Tapi dalam waktu yang sama, tetap kena berada di rumah untuk membantu kerajaan melandaikan kes jangkitan COVID-19 dalam negara kita ni

Tak semua suka rasanya untuk duduk terkurung di dalam rumah sebab dah tak tahu nak buat apa. Oleh sebab itu, Ayda Jebat tampil menawarkan ganjaran sebanyak RM50 kepada sesiapa sahaja dapat berkongsikan aktiviti menarik yang dibuat di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Ganjaran tersebut akan diberikan setiap hari kepada setiap pemenang sehingga 14 Jun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Baca juga: Mohon Maaf Selepas Tular Video Hina Orang Johor, Netizen Muak Dengan Influencer Suka Cari Masalah

Bunyi macam menarik bukan? Apa yang dilakukan oleh Ayda ini adalah untuk memberikan sedikit semangat kepada para pengikAydautnya yang terpaksa duduk di rumah. Walaupun nilainya tidak banyak, namun Ayda menyatakan dia ikhlas. Apa yang dimahukan oleh Ayda hanyalah untuk orang ramai duduk di rumah sahaja. 

Mana tahu apa yang anda kongsikan itu boleh jadi idea buat orang lain untuk lakukan aktiviti tersebut di rumah. Yang penting kita semua stay safe di dalam rumah. Sementara itu, ramai yang menyambut baik inisiatif Ayda, atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dalam menggalakkan orang ramai kekal semangat duduk di rumah.

Baca juga: “Zaman Saya Dulu Kena Cili Dah Mulut” – Siti Sarah Hairan Budak Zaman Sekarang Mudah Mencarut

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.