Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ayah Serba Boleh” – Buat Video Pengorbanan Seorang Ayah, Aeril Zafrel Buat Ramai Tak Kering Gusi

today8 June 2021

Background

Kalau kita tengok kisah pengorbanan seorang ayah, tentu kisahnya akan membuatkan kita menitiskan air mata. Hari ayah pun dah tak lama lagi kan, jadi banyak jugalah kisah pengorbanan seorang ayah yang kita teringat. Rasa sebak mengenangkan banyak perkara mereka lakukan untuk kesenangan anak-anak. Tidak kurang juga perkara yang mereka lakukan untuk hiburkan anak-anak, dan pastinya kisah-kisah ini kita kongsikan di media sosial untuk imbas kenangan.

Di Instagram, nampaknya pelakon Aeril Zafrel ada menghasilkan satu video tentang pengorbanan seorang ayah. Namun, video yag dihasilkannya itu lain pula jadinya. Melihat kepada kapsyen, dia seperti mahu menunjukkan apa yang seorang ayah sanggup lakukan demi anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Baca juga:Β Dapat Hampir 7 Juta Tontonan, Ramai Kecam Tindakan Wanita Ini Tayang Barang Kemas Dimilikinya

β€œPengorbanan seorang ayah. Sediakan tisu guys,” tulis Aeril di ruangan kapsyen seolah-olah memberi bayangan kisah yang menyedihkan.

Tidak sangka penghujung video yang sebegitu, ramai wargamaya terhibur melihat telatah Aeril. Rupa-rupanya Aeril mampu mengubah dirinya menjadi Unicorn selepas anak-anaknya mahukan seekor Unicorn seperti yang dilihat di TV. Itulah pengorbanan seorang ayah.

Ianya satu video kreatif yang lucu, dan tentu sekali hanya lakonan semata-mata. Rata-rata di ruangan komen menghantarkan emoji ketawa kerana merasakan plot twist video tersebut sangat lucu. Memang pandai betul Aeril Zafrel ni hiburkan orang ramai sampai Min pun tak kering gusi melihat video tersebut.

Baca juga:Β “Aku Nak Buat Cerita Buat Apa” – Zarina Anjoulie Dedah Pernah Dipukul Bekas Suami, Ahli Keluarga Jadi Saksi

Written by: Hamka Rosli


Previous post