Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Semua orang berak..” – Netizen Terhibur Pembaca Berita Terlepas Cakap Tak Tahan Nak Pergi Toilet

today13 January 2021

Background

Alamak! Kesian dia.. Siapa nak jangka bila dan di mana kita akan terasa nak buang air besar atau buang air kecil betul tak? Lebih ‘menyeramkan’ jika ia berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung atau tersangkut di kesesakan jalan. Fuh! Mencabar nak tahan tu! Namun, lain pula cerita untuk wanita ini apabila dia sendiri terlepas cakap mahu membuang air besar ketika sedang menunggu untuk menyampaikan berita siaran langsung. Mungkin dah lama dia dalam mood stand by untuk sampaikan berita sehinggakan tidak sempat pergi ke tandas untuk melepaskan hajatnya.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang merupakan salah seorang penyampai berita untuk sebuah portal sedang menunggu giliran untuk menyampaikan berita lintas langsung dari Putrajaya namun mungkin berlaku masalah teknikal dimana dia dan pihak produksinya tidak mendapat signal bahawa mereka sudah bersiaran secara langsung. Perkara ini nampak bukan dibuat-buat atau tidak palsu kerana rakan setugas yang sedang bersiaran langsung di pejabat itu dilihat terkejut dan cuba untuk cover rakannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAWAK | HIBURAN | VIRAL (@lawakteroxs)

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun hiburan di Instagram menggunakan nama @lawakteroxs itu telah mendapat hampir 300 ribu tontonan dan hampir 700 komen. Rata-rata warganet memberikan komen bahawa mereka terhibur dan mereka bersimpati untuk wanita tersebut tidak sempat ke tandas gara-gara mahu menyelesaikan kerjanya iaitu menyampaikan berita.

Situasi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun mungkin nasib wanita ini ia berlaku ketika sedang melakukan lintas langsung untuk memenuhi tuntutan kerjanya. Kita ambil sahaja nilai yang baik dalam video ini di mana dahulukan apa yang penting dahulu sebelum lakukan perkara yang boleh tunggu betul tak?

 

Baca juga:

Tular Video Kahwin! Illi Najwa Minta Maaf Jahil Sehingga Ada Yang Kata Dirinya Murtad?

‘Salahkah saya baca berita Mandarin?’

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram @lawakteroxs

Written by: Adinna


Previous post

Norhafiz Zamani Misbah

Sukan

Norhafiz Zamani Misbah Bersara Dari Dunia Bola Sepak Profesional

Selepas dua dekad mewarnai kancah Liga Malaysia, pemain pertahanan berpengalaman negara, Norhafiz Zamani Misbah mengambil keputusan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana persaraan Norhafiz ini bermakna hanya Indra Putra Mahyuddin yang masih beraksi dari skuad bimbingan Allan Harris. Selepas dua dekad mewarnai kancah Liga Malaysia, Norhafiz Zamani Misbah bersara daripada bola sepak pada usia 40 tahun... Klik untuk […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *