Connect with us

Hiburan

Amyra Rosli Pergi Checkup Dengan Suami, Netizen Tanya “Pregnant Lagi Ke?”

Perkongsian Amyra Rosli yang terbaru melalui laman Instagramnya mengundang tanda tanya wargamaya.

Published

on

Anak merupakan antara rezeki terbesar buat pasangan suami isteri. Ia juga merupakan satu rahsia yang kadang-kadang kita juga tidak fahami. Ada pasangan yang diberikan zuriat awal namun ada juga pasangan yang lambat mendapat zuriat. Ada pula pasangan yang anaknya masih kecil tetapi sudah mengandung lagi dan ada pula yang menunggu bertahun-tahun demi mendapat satu lagi zuriat. Banyak situasinya namun yang pasti semuanya adalah rezeki.

Baca juga: “Berapa Agaknya Owner Iklan Ni Bayar Ya..” – Selepas Zara Zya, Che Ta Pula Promosi Produk Dewasa

Perkongsian Amyra Rosli yang terbaru melalui laman Instagramnya mengundang tanda tanya wargamaya. Amyra berkongsikan sekeping gambar bersama dengan suaminya, Amar Bahrin dan juga seorang doktor. Kata Amyra menerusi kapsyennya, hari ini adalah “checkup day”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Terma “checkup day” selalunya digunakan oleh mereka yang menghidapi penyakit dan harus berjumpa dengan doktor secara konsisten melalui temu janji atau pun biasanya digunakan oleh wanita yang mengadung kerana mereka perlu berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kondisi kesihatan diri serta bayi secara konstan.

Bila melihat kepada gambar yang dikongsikan mereka bertiga nampak gembira sepertinya ada berita gembira. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya tertanya-tanya “eh Amyra pregnant lagi ke?”. Ramai yang memberikan emoji love tanda suka jika benar “desas-desus” yang dikatakan.

Sejak berkahwin, pasangan selebriti ini telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa yang masing-masing berumur 4 tahun dan 1 tahun. Apa pun kita doakan yang baik-baik buat Amyra Rosli serta Amar Bahrin. Semoga ada rezeki buat mereka.

Baca juga: “Boleh Tak Tidur 1 Malam?” – Call Hospital Hanya Untuk Tidur, Caprice Akui Terlalu Penat

Sumber: Amyra Rosli

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di