Connect with us

Hiburan

“Ada Orang Ketiga Menendang-Nendang..”- IG Shaheizy Sam Dibanjiri Ucapan Tahniah

Perkongsian di Instagram telah menimbulkan tanda tanya dan rata-rata warganet terus membanjiri ucapan tahniah kepada Sam dan juga Tilla ke atas kandungan yang ketiga ini.

Published

on

Perkongsian terbaharu Shaheizy Sam telah mendapat perhatian warganet apabila dia meletakkan kapsyen yang membuatkan warganet membuat spekulasi isterinya, Syatilla Melvin mengandung anak ketiga. Sam adalah seorang pelakon yang telah menbintangi filem dan drama tempatan yang cukup popular dalam kalangan industri hiburan dan sekarang ini meningkat naik menjadi usahawan berjaya bersama isteri tersayang.

Pasangan bahagia ini selalu mendapat kontr0versi hangat walau apa pun yang mereka kongsi di Instagram mahupun akaun Facebook mereka lebih lagi berkaitan anak-anak mereka Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Namun, kali ini perkongsian di Instagram telah menimbulkan tanda tanya dan rata-rata warganet terus membanjiri ucapan tahniah kepada Sam dan juga Tilla ke atas kandungan yang ketiga ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Pelbagai komen ucapan tahniah dan komen positif dari warganet dapat dilihat, bagaimanapun ada juga yang mempersoalkan bahawa Sam kelihatan lain dalam gambar tersebut sehinggakan ada yang bertanya gambar tersebut di ambil tahun bila. Tambahan, ada juga warganet yang menyatakan mungkin gambar tersebut adalah throwback ketika Tilla mengandung anak kedua mereka, Sarima.

Tilla bagaimanapun tidak memberikan apa-apa komen balas tentang perkongsian gambar tersebut tetapi salah seorang adik beradik Tilla sempat memberi komen di gambar itu menyatakan mereka juga seakan terkejut dengan berita yang dikongsi Sam itu.

Kebenaran perkongsian ini masih belum dapat dipastikan kerana masing-masing tidak memberi maklumbalas mengenai berita gembira ini. Apapun, jika benar Tilla dan Sam sedang menanti anak ketiga, kami di Kool FM mengucapkan tahniah dan semoga semua urusan mereka dipermudahkan!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Shaheizy Sam Dilabel Punyai Budaya Buruk Ketika ABPBH 33?

Dedah Nama Anak, Syatilla Melvin ‘Warning’ Siap-Siap Bakal Menantu

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.