Connect with us

Hiburan

5 Sebab Kenapa Briged Al-Qassam Ditakuti Tentera I5R4EL

Ini sebabnya kenapa Israel takut sangat dengan sayap ketenteraan Palestin…

Published

on

Keganasan dan peperangan yang melanda Palestin masih lagi belum mencapai titik nokhtahnya. Tentunya seluruh umat Islam di dunia ini mendoakan kemenangan serta nasib penduduk Palestin terbela. Namun, disebalik peperangan yang berlaku, tumpuan harus diberikan kepada usaha Briged Al-Qassam yang menjadi sayap ketenteraan pihak Hamas yang kini sedang berjuang demi pembebasan tanah Palestin. 

Dikatakan Briged Al-Qassam mempunyai seramai 30,000 keanggotaan. Walaupun jumlahnya tidak besar, namun sehingga kini ketenteraan Israel yang memiliki seramai 720,000 keanggotaan masih tidak mampu melumpuhkan pertahanan Briged Al-Qassam. Selain itu, sebagai perbandingan, ketenteraan Israel juga dikatakan menduduki tempat ke-4 terbaik dunia dan juga memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih.

Jika dibandingkan secara logik, ketenteraan Israel boleh je mengalahkan Briged Al-Qassam dan merampas tanah Gaza, namun ia sehingga kini tidak berlaku. Jadi apa yang membuatkan Briged Al-Qassam begitu kuat sehingga digeruni tentera Israel. Ini 5 sebab kenapa Briged Al-Qassam ditakuti oleh Israel.

Baca juga: #SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

1. Keberanian Komando Al-Qassam Dalam Strategi Peperangan

Serangan darat Komando Al-Qassam telah berjaya membunuh sebahagian besar tentera Israel. Segala operasi yang dilakukan adalah secara tersusun dan terancang, dan mesti dilakukan dalam tempoh masa dua minit. Dalam masa dua minit itulah mereka gunakan untuk menyerang dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan Skuad Amfibia Al-Qassam.

Bukan sekadar laluan di darat, Briged Al-Qassam juga mempunyai kekuatan melalui jalan laut. Dengan penubuhan Skuad Amfibia, buat pertama kali dalam sejarah Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Sebuah kem ketenteraan berjaya dimasuki oleh skuad tersebut dan seterusnya melancarkan serangan darat secara berdepan.

3. Roket R-160 Yang Mampu Sasar Jauh

Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, namun Briged Al-Qassam tetap mampu menghasilkan roket yang mampu membedil sistem pertahanan Israel. Roket R-160 ini dikatakan mampu menjangkau sehingga jarak 160 kilometer dan ia telah berjaya dilancarkan ke Haifa, iaitu bahagian paling utara di Israel. Memang jauh roket ni boleh pergi.

4. Senjata Penembak Tepat ‘Ghoul’ Buatan Sendiri

Memang tidak dinafikan mereka pakar dalam pembuatan senjata sehingga dapat menghasilkan senjata penembak tepat atau sniper yang diberi nama ‘Ghoul’. Dikatakan tembakan senjata ini boleh mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Nak dibandingkan dengan sniper biasa, boleh capai jarak 1 kilometer sahaja. Senjata ini juga dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

5. Pelancaran Pesawat Tanpa Pemandu

Sebuah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam diberi nama Ababil ini pernah membuat tinjauan udara di kawasan yang dijajah Israel. Kehebatan dalam penghasilan pesawat ini diakui sendiri oleh Israel sehingga terpaksa menanggung rugi dan malu. 

Jadi itulah 5 sebab kenapa Briged Al-Qassam, selaku sayap ketenteraan Hamas ini digeruni oleh pihak Israel. Semoga penderitaan rakyat Palestin akan berakhir segera dan mendapat kembali tanah tempat tinggal mereka. Kita doakan kemenangan buat umat Islam di Palestin.

Baca juga: “Ramai Tak Nak Buat Swab Test” – Penduduk Kampung Dikatakan Degil, Terpaksa Pergi Rumah Ke Rumah Buat Ujian Calit

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di