Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Mengapa Kita Bermaafan Di Hari Raya?

today15 May 2021

Background

Setelah sebulan kita berpuasa, kini tibalah Syawal yang ditunggu-tunggu. Bulan Syawal adalah bulan yang sangat sinonim dengan kemaafan, malah ada juga yang memanggilnya dengan nama bulan kemaafan. Antara tradisi yang kita lakukan di Malaysia pada 1 Syawal adalah berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga untuk acara memohon maaf sambil bersalaman bersama semua ahli keluarga. Ini akan dilakukan mengikut giliran, selalunya akan dimulakan dengan yang sulung atau yang paling tua kemudian diikuti dengan yang lain. Malah di sini, ucapan “Selamat Hari Raya” akan disusuli dengan “Maaf Zahir dan Batin”. Begitulah sinonimnya perkataan maaf di hari raya. Namun, mengapa kita bermaafan di hari raya?

Baca juga:Β Sedih Tak Dapat Balik Kampung Sebab PKP? Meriahkan “Mood” Hari Raya Anda Dengan 5 Cara Ini

 

1. Keseimbangan Proses Kemaafan

Ketika bulan Ramadan, umat Islam berpusu-pusu melakukan ibadah dan meminta keampunan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana ia dikatakan sebagai bulan yang mulia di mana setiap amalan baik yang dilakukan akan dilipat gandakan ganjarannya malah, doa di bulan Ramadan ini makbul. Ia adalah masa yang sesuai untuk meminta keampunan kepada Allah kerana pintu kemaafan dibuka seluasnya.

Namun, kita juga perlu sedar bahawa kita hidup bersama dengan manusia yang lain di dalam satu komuniti. Kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan terhadap manusia lain. Dosa dengan manusia hanya boleh dihapuskan dengan keampunan orang yang disakiti itu. Rugi pahala yang kita kumpul untuk kehidupan akhirat jika kita terpaksa membayarnya untuk kesalahan yang dilakukan terhadap manusia. Oleh kerana itulah, di bulan Syawal kita bermaafan sesama manusia bagi mengimbangi proses ini.

Jika dilihat kembali susun aturnya sangat cantik. Di pengakhiran bulan Ramadan umat Islam mengharapkan seribu kemaafan daripada Maha Pemberi Maaf, manakala di awal bulan Syawal kita berusaha mendapatkan kemaafan daripada manusia.

 

2. Momentum Bulan Yang Baik

Sepanjang bulan Ramadan, kita sebenarnya sedang membina satu momentum. Boleh dikatakan energi yang kita kumpul daripada bulan Ramadan adalah energi yang baik. Kita bukan sahaja dapat detoks badan dengan berpuasa di mana badan kita akan merasa lebih sihat dan cergas tetapi kita turut “detoks” hati dan minda yang membuatkan kita rasa lebih gembira dan tenang. Momentum ini dibawa sehingga ke bulan Syawal. Kita akan menjadi lebih terbuka untuk menerima benda baharu terutama permintaan maaf daripada orang lain. Mungkin juga kerana itulah kita dapat menyambut Syawal dengan gembira kerana “detoksifikasi” yang telah dilakukan selama sebulan sebelum ini.

 

3. Hati Yang Gembira Memudahkan Kita Menerima dan Memberi Kemaafan

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Feng Jiang dari Central University of Finance and Economics Beijing China, seorang manusia mempunyai tendensi untuk memaafkan seseorang dengan lebih mudah jika dia berada di dalam keadaan yang gembira. Mereka yang mempunyai hati yang tidak tenang akan merasa lebih berat dan mendatar untuk memberi maaf kepada orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan pemberian maaf juga bergantung kepada “kondisi” hati seseorang.

 

4. Semangat Persaudaraan Sesama Agama

Menurut kajian yang dilakukan oleh Chelsea L. Greer dari Virginia Commonwealth University, semakin kuat ikatan seseorang dengan agamanya maka semakin tinggi nilai persaudaraan sesama agama yang dipegang. Hasil penelitian kajian ini menunjukkan bahawa manusia lebih mudah untuk memberi kemaafan kepada seseorang yang mempunyai kepercayaan dan memeluk agama yang sama dengan mereka.

Ini berkait rapat dengan hubungan spiritual manusia dan semangat persaudaraan sesama agama yang tinggi. Greer simpulkan walaupun kadang-kala kita tersinggung dengan saudara seagama kita namun kita masih boleh memaafkan dan menerima mereka kerana mereka dipersepsikan sebagai saudara seagamaΒ (in-group member)Β dan bukan musuhΒ (out-group member).

Itu adalah antara sebab mengapa kita meneruskan tradisi bermaafan di hari raya. Namun, ini tidak bermakna kita hanya perlu tunggu Syawal datang untuk meminta maaf kepada orang lain. Sebenarnya setiap hari adalah peluang baru untuk kita “langsaikan hutang” sesama manusia dengan mengaku kesilapan dan mohon keampunan. Tapi raya ni istimewa sikit. Jadi gunakanlah peluang ini untuk sama-sama bermaafan dengan orang lain. Kita kosong-kosong ya?

 

Baca juga:Β Gelagat Ayah Menari Dapat Baju Raya Menghiburkan Hati Wargamaya

Sumber:Β IslamPos ,Β The Conversation

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

Tiada pergerakan keluar masuk tetamu di rumah Azmin

Putrajaya: Polis tidak mengesan pergerakan keluar masuk tetamu di kediaman rasmi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di sini, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

today15 May 2021