Connect with us

Buletin

Gadis TikTok Berjaya Buat Bapa Ceraikan Ibu Tiri

Ini kalah mak tiri Cinderella!

Published

on

Tular satu video TikTok pengakuan seorang gadis melalui akaunnya @bintangve_ yang berpuas hati berjaya buat bapa dan ibu tirinya bercerai secara rasmi. Video tersebut telah ditonton hampir 2 juta kali dan mendapat lebih 100 ribu likes daripada netizen TikTok.

Menurut gadis tersebut, rumah tangga ibu bapanya mula retak semasa dia berusia 5 tahun. Sebelum itu, ibu kandungnya mempunyai kawan yang dikenali sebagai Tante M di mana Tante M selalu meluahkan masalah rumah tangga pada bapanya. Pelik ya, ada suami tetapi mengadu kepada suami kawan pula?

@bintangve_Kalau rame bikin part dua nya wkkwkw .. semoga si tante lihat wkwkw ##GoyangKelapa ##TikTokScaryNight ##yourpagetiktok ##fypdong♬ original sound – Bonayyyy?

Tidak lama selepas itu, Tante M akhirnya bercerai dengan suaminya dan dalam masa yang sama ibu kandungnya tidak sihat dan disahkan lumpuh. Di atas kesempatan itu, bapanya pula mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Tante M secara senyap-senyap. Apabila ibu kandungnya tahu tentang perkahwinan bapanya bersama kawan sendiri, ibunya hanya menangis. Sudahlah jatuh, di tampa tangga pula..

“Mak cuma terdiam dan menangis. Jantungnya lemah dan dibawa ke hospital. Tidak beberapa lama selepas itu, mak disahkan meninggal dunia,” katanya.

Pada awalnya, gadis itu menyangka ibu tirinya akan melayannya dengan baik. Namun, ia hanyalah lakonan semata-mata apabila dia selalu difitnah dan ibu tirinya itu selalu bercerita buruk tentang dirinya kepada si bapa.

Menurutnya, dia juga pernah dikurung dalam bilik oleh ibu tiri tanpa diberi makanan sehingga dia terpaksa meminta bantuan dari rakannya.

“Setelah aku tahu dia memfitnah aku, aku terus mengadu pada ayah dan menangis. Aku laporkan semua perbuatan Tante M ke atas aku selama ini,” katanya.

“Ayah peluk aku, dia meminta maaf di atas semuanya. Dan ditakdirkan Tante M itu mengalami kemalangan. Dia fitnah aku di waktu subuh dan tidak beberapa lama selepas itu dia terbabit dalam kemalangan. Ayah terus pergi ke hospital  dan terus jatuhkan talak,” katanya.

Dalam tempoh 10 tahun perkahwinan bapanya dengan wanita itu, dia berasa terseksa dan tidak sanggup lagi berdepan dengan ibu tirinya itu. Akhirnya si bapa jatuhkan talak kerana tidak mahu melihat anaknya sengsara lagi.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Watch At Your Own Risk’ – Tular Filem Seram Di TikTok Sehingga Membuatkan Ramai Trauma

Popular Di Instagram & TikTok, Rupanya Ini Maksud Di Sebalik Lagu “Ampun Bang Jago”

 

 

 

 

Sumber: TikTok @bintangve_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.