Connect with us

Buletin

Wanita Tunggu 10 Hari Beli Online Sofa Baru Akhirnya Yang Sampai Sofa Budak!

Nasib sampai juga sofanya..

Published

on

Sudah ramai yang gemar membeli barangan atas talian sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Bukan hanya abang pos barang di Malaysia sahaja yang sibuk ke sana ke sini, abang pos barang seluruh dunia pun tidak cukup tangan hantar barang yang dibeli secara atas talian. Adakah beli atas talian juga akan jadi norma baru untuk kita?

Seorang wanita tergelak besar bila dia dapati sofa yang di tempah untuk ruang tamu salah dan yang sampai di rumahnya adalah sofa mini untuk budak-budak. Alamak! Semangat tunggu sofa baru selama 10 hari  tapi yang sampai sofa seperti itu.. apa boleh kita buat? #sisredha

Pengalaman lucu ini berlaku kepada wanita bernama Pinky Jones dan keluarga yang tinggal di Florida, Amerika Syarikat (AS). Menurut laporan, Pinky dan tunangnya membuat tempahan sofa lima tempat duduk menerusi platform beli-belah dalam talian, Wayfair dengan harga AS$249.99 iaitu lebih kurang RM1,014. Wow! Berbaloi ke pembelian dia?

“Saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi. Saya tak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil.

“Saya ingat, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya,” katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Angan-angan Pinky untuk hias ruang tamu baru di rumah barunya dengan sofa baru untuk luang masa bersama keluarga sambil menonton TV terkubur begitu sahaja kerana perabot itu hanya muat untuk seorang dewasa sahaja. Menurut Pinky, maklumat dalam platform itu menyatakan sofa itu sesuai untuk kegunaan di ruang tamu, bukan untuk kanak-kanak.

Sebagai pengajaran untuk kita, bacalah ulasan yang dikongsikan oleh pembeli sebelumnya supaya perkara tidak dingini berlaku. Nanti penat Cik Kiah tunggu barang yang dibeli, tapi yang sampai lain pula ya!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online

Barang Beli Online Pecah? Ini Yang Anda Perlu Lakukan

 

 

 

 

Sumber: Mirror

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.