Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Buletin

Wanita Ini Sudah Sampai Tempat Penghantaran Makanan, Rupanya Pelanggan “Saja Nak Main-Main Je..”

Baru-baru ini ada satu perkongsian dari Noor Bazilla di Facebook meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila dia ditipu oleh pelanggannya. 

Published

on

Ramai rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dan ada bisnes sampingan untuk kelangsungan hidup. Tidak dinafikan perniagaan bukanlah satu bidang yang mudah terutama sekali apabila ia melibatkan makanan. Apabila melibatkan makanan, pelbagai aspek perlu dititikberatkan seperti kebersihan makanan, cara penyediaan, cara penyimpanan dan sebagainya kerana ia makanan ada tempoh masa yang terhad dan ia mudah rosak.

Namun, masih merasakan mereka yang terlibat dalam bisnes makanan adalah satu kerja yang mudah. Peniaga bukan sahaja perlu menghadapi cabaran dengan produk yang jual malah cabaran menghadapi perangai pelanggan juga amat berat. Baru-baru ini ada satu perkongsian dari Noor Bazilla di Facebook meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila dia ditipu oleh pelanggannya.

Isu berkenaan peniaga ditipu oleh pelanggan atau sebaliknya merupakan kejadian yang bukan baru sahaja berlaku di negara kita. Bahkan sebelum ini banyak kedengaran dan viral isu yang sedemikian rupa. Menurut Bazilla, ini bukanlah kali pertama perkara ini terjadi kepadanya namun kali ini jumlah tempahan yang diterima adalah dalam skala yang agak banyak oleh itu dia agak terkilan dengan individu tersebut yang bergurau tidak kena tempat.

Menerusi screenshot perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang dikongsi oleh Bazilla, lelaki tersebut pada mulanya  hanya membuat pesanan makanan seperti biasa namun kemudian lelaki ini cuba ‘mengorat’ Bazilla. Walaupun begitu, Bazilla melayannya hanya atas dasar pelanggan.

Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah apabila lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, tetapi lokasi yang dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut pada mulanya telah menimbulkan syak wasangka dan dia mula rasa janggal kerana sebelum ini kebanyakan pelanggannya adalah dari golongan wanita.

Keadaan makin meruntunkan apabila lelaki tersebut bertindak mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang telah diluangkan.  Bazilla sudah menghabiskan masa selama 40 minit menunggu pelanggan misteri ini dan akhirnya ia hanyalah prank semata-mata. Bazilla kemudiannya sempat berkongsi beberapa pesanan dan nasihat kepada pelanggan lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kata Nak Ambil Duit, Sampai Ke Sudah Tak Ada..” – Pekerja Grab Kena Scam

Cabaran Seorang Rider Demi Mencari Rezeki Halal

 

 

 

 

 

Sumber: Noor Bazilla

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement