Beberapa hari lalu, viral di media sosial mengenai seorang remaja down syndrome disyaki menjadi mangsa penderaan sebuah pusat penjagaan non-governmental organization (NGO) di Kuala Lumpur.
Terbaru, penasihat pusat penjagaan Rumah Bonda iaitu Syed Azmi telah tampil memberi respon berhubung perkara tersebut.
Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Syed Azmi di Facebook, beliau selaku penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur memaklumkan bahawa mangsa yang dikenali dengan nama adik Bella bukanlah seorang penghuni di rumah penjagaan tersebut. Sebaliknya, Bella tinggal bersama penjaganya di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.