Seperti semua sedia maklum, negara kita sedang mengalami bencana banjir agak teruk ditambah pula dengan serangan pandemik COVID-19 ini.
Jadi, pagi tadi Kool Chat menghubungi Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Cik Zuraini Yusuf bagi membincangkan keadaan sebenar.
Menurutnya, setakat ini sebanyak enam negeri sedang terjejas bencana banjir sehingga mencecah hampir 24 ribu mangsa berjaya dipindahkan di 292 buah pusat pemindahan di seluruh negara.
Sumber: BH
“Negeri paling teruk adalah negeri Pahang iaitu sebanyak 19 ribu mangsa berada di 241 buah pusat pemindahan. Manakala Johor adalah negeri kedua yang teruk terjejas namun jumlah mangsa banjir telah menurun setakat ini.
Pada awal 4 pagi tadi pula Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada di negeri Pahang dan kami telah pun bersiap-siaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku,” katanya.
Untuk dengarkan lebih perbincangan lebih lanjut, klik saja disini.
Post comments (0)