Connect with us

Hiburan

Tip Bila Terima Panggilan Video Dari Nombor Tidak Dikenali

Bukan saja virus COVID-19 kita perlu berwaspada tapi dengan individu yang tidak bertanggungjawab juga.

Published

on

Kemajuan teknologi dengan pembangunan pelbagai aplikasi dan software memudahkan kehidupan kita saban hari.

Namun, di sebalik perkembangan tersebut tetap terselit sedikit kemudaratan apabila pihak lain mengambil kesempatan melakukan perlakuan jenayah siber dan memanipulasi demi kepentingan diri.

via GIPHY

Buktinya, terdapat beberapa kes berlaku di mana mangsa yang merupakan seorang wanita telah menjawab satu panggilan video dan individu yang menelefonnya itu sedang menunjukkan kemaluannya.

Saat muka wanita tersebut terpapar di paparan skrin, suspek mula tangkap layar (screenshot) atau record screen di mana muka mangsa kelihatan bersama kemaluannya pada skrin kecil panggilan video.

Image may contain: one or more people and people sleeping, text that says "1,81K/d 84%"

Seterusnya, suspek akan mula mengugut mangsa untuk mendapatkan wang ringgit atau sebagainya jika tidak mahu gambar tangkap layar berkenaan disebarkan kepada umum.

Keadaan ini direka seolah-olah mangsa dengan suspek mempunyai skandal dan mengadakan panggilan video dengan beraksi lucah. Perkara ini sangat bahaya kerana boleh menimbulkan fitnah dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan (penceraian) antara suami, isteri , ibu, bapa dan anak.

via GIPHY

Jadi, kami akan kongsikan tip bila menerima panggilan video dari nombor yang tidak dikenali.

  1. Sentiasa simpan nombor telefon ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan untuk memastikan nombor telefon atau id pemanggil ada dalam simpanan ‘contact’ telefon bimbit anda.
  2. Amalkan menutup jari pada kamera hadapan (front camera) untuk memastikan pemanggil adalah orang yang benar-benar anda kenali sebelum wajah terpapar di hadapan kamera.
  3. Walaupun nombor dikenali tetapi sudah lama tidak menghubungi menggunakan video call  tetap juga perlu waspada kerana ada juga kes di mana nombor lama digunakan pada pihak lain.
  4. Laporkan ke pihak SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my/ bagi melaporkan salah laku berkenaan.

Bukan saja virus COVID-19 kita perlu berwaspada tapi dengan individu yang tidak bertanggungjawab juga.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jumlah Pendengar Naik 92%, Kool FM Tampil ‘Talk Radio’ Nombor Satu Di Malaysia

Polis Lancar Ops Khas Buru Nombor Plat Kenderaan ‘Fancy&’ Bermula Hari Ini

 

 

 

 

Sumber: penangnetizen

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di