Connect with us

Buletin

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

Ni lah menantu ‘hantu’!

Published

on

Menantu naik hantu hingga membunuh ibu mertuanya sendiri! Memang dekat dunia ni banyak perkara gila dan kejam yang dilakukan, dan ini adalah antara salah satunya yang berlaku di India. Wanita berusia 52 tahun yang dikenali sebagai  Rekha Agrawal dipercayai bukan saja dipukul dengan batang besi hingga pecah tengkorak malah, hampir dibakar bagi menutup jejak pembunuhan. Semua ini dikatakan dilakukan oleh menantunya, Nikita Agarwal, 29, kerana sering berselisih faham.

Menurut laporan, Nikita mengunci dirinya di dalam bilik selepas melakukan pembunuhan terbabit. Suspek ditahan pada hari sama dan mayat mangsa ditemui anak lelakinya, dalam keadaan berlumuran darah dan mengerikan.

Nikita dan anak lelaki mangsa, Deepak, 30 tahun, berkahwin pada Januari tahun ini dan dikatakan ketika itu hamil lima minggu. Mereka sekeluarga tinggal serumah sejak setahun setengah yang lalu. Berdasarkan laporan jiran yang tinggal berhampiran, sejak Nikita dan Deepak berkahwin, Nikita dan ibu mertuanya sering bertengkar kerana ibu mertuanya tidak berpuas hati dengan sikapnya.

Menurut laporan polis, ketika kejadian hanya mangsa dan menantunya saja berada di rumah. Bapa mertuanya, Ramnivas, ketika itu sedang menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19. Semasa di hospital dia menerima panggilan telefon daripada jiran yang terdengar bunyi mencurigakan dari kediaman mereka. Ramnivas kemudian menghubungi Deepak dan menyuruhnya pulang segera untuk melihat apa yang berlaku di rumah.

Deepak kemudian menghubungi Nikita untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, namun Nikita yang menjawab panggilan itu mereka cerita bahawa dia dipukul ibu mertuanya selepas berlaku pertengkaran. Bagaimanapun pada awal siasatan, Nikita tidak mengakui melakukan pembunuhan itu.

Baca juga artikel menarik lain:

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di