Connect with us

Buletin

‘The King Of Road’ Myvi Langgar Ambulans Sehingga Terbalik

Katanya pemandu Myvi gagal mengawal kereta yang dipandunya sebelum terlanggar ambulans hingga terbalik

Published

on

Myvi langgar ambulan

Jika anda salah seorang pengguna kereta Perodua Myvi atau anda pernah ada ‘kenangan manis’ bersama pengguna kereta Perodua Myvi yang lain, berita ini mungkin menarik buat anda. Baru-baru ini sebuah akuan di Facebook, Info RoadBlock JPJ/POLIS telah berkongsi satu berita berkenaan sebuah kereta Myvi telah mendapat perhatian warganet.

Kerata Myvi telah diiktiraf oleh rakyat Malaysia sebagai ‘The King of The Road’ kerana kebanyakan kes jalan raya yang lain daripada lain sering melibatkan kereta jenama ini.  Menurut laporan, seorang jururawat gagal mengawal kereta Myvi yang dipandunya sebelum merempuh sebuah ambulans sehingga menyebabkan ambulans itu terbalik.

Kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat Taman Bertam Impian, Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kedua jururawat dan pemandu ambulans tersebut selamat dan tiada kecederaan yang berlaku. Berdasarkan siasatan awal, ambulans tersebut dipandu dalam kecemasan datang dari arah Cheng.

Myvi langgar ambulan

Difahamkan, ambulans tersebut dalam perjalanan menuju ke Sungai Udang telah melanggar lampu isyarat berwarna merah ketika sirennya dibunyikan. Namun, apabila ambulans tersebut tiba di lampu isyarat, kereta Myvi yang  berada di arah berlawanan terus melanggar bahagian sisi belakang kanan ambulans itu dan disebabkan impak yang kuat, sebuah myvi mampu menterbalikkan sebuah ambulans.

Mungkin pemandu Myvi tersebut tidak dapat mendengar dengan jelas dari mana bunyi siren ambulans tersebut memandangkan dia berada di jalan dan arah yang berlainan. Berita ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh warganet kerana rata-rata mereka kagum dengan sebuah kereta Myvi yang mampu terbalikkan ambulans. Pelbagai komen telah dikongsi dan antaranya ialah seperti gambar kami sertakan di bawah.

Komen Isu Myvi

Komen Isu Myvi

Komen Isu Myvi

Warganet beranggapan situasi ini agak kelakar dan mencuit hati mereka kerana siapa sangka sebuah kendaraan yang kecil mampu terbalikkan sebuah ambulans. Apa pun yang penting kedua pemandu tersebut selamat dan kita sebagai pengguna jalan raya yang bijak haruslah memastikan memandu dengan selamat dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dah Langgar Lampu Isyarat & Kereta, Tumbuk Bomba Pula

[VIDEO] Myvi Buat Hal Lagi, Kali Ini Selamba Redah Jalan Yang Penuh Air Banjir

 

 

 

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di