Connect with us

Hiburan

“Takkan RM100 Pun Tak Ada Dalam Wallet” – Pelanggan Terkilan Disindir Tiada ‘Cash’

Terbaru, kecoh apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya melihat seorang pelanggan disindir juruwang salah satu premis makanan di sebuah jenama besar kerana tidak membawa wang tunai ke premis itu.

Published

on

Selari dengan zaman kemajuan teknologi, sistem kewangan dunia mula berubah di mana kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan dilakukan secara transaksi tanpa tunai atau ‘cashless’. Malah, banyak juga negara terutama negara-negara ekonomi kelas pertama yang sudah mula mengorak langkah ke arah menggunakan sistem transaksi tanpa tunai secara menyeluruh. 

Tidak ketinggalan jauh, Malaysia, adalah antara negara yang juga sedang berjinak-jinak mengubah sistem kewangan negara yang melibatkan urusan jual beli atau penyelesaian pembayaran dalam perniagaan tanpa melibatkan wang tunai secara fizikal. Lebih-lebih lagi sejak dunia dilanda Covid-19, orang ramai serta peniaga digalakkan untuk menggunakan sistem transaksi tanpa tunai bagi mengurangkan kontak fizikal di antara satu sama lain.

Baca juga: Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Penggunaan kad kredit dan debit adalah antara yang menjadi pilihan pelanggan di waktu ini selain dari kaedah pembayaran transaksi tanpa tunai yang lain. 

Terbaru, kecoh apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya melihat seorang pelanggan disindir juruwang salah satu premis makanan di sebuah jenama besar kerana tidak membawa wang tunai ke premis itu.

“Takkan RM100 pun tak ada dalam wallet”

Difahamkan, pelanggan itu ingin melakukan transaksi melalui kad debit miliknya, namun ada masalah teknikal yang berlaku di mana sistem premis itu tidak dapat menerima kad sebagai cara bayaran, hanya tunai sahaja diterima. 

Di dalam satu bebenang tweet yang dilakukan, pengguna Twitter tersebut berkata bahawa dia memang mengamalkan sistem ‘no cash‘ dan tidak membawa tunai yang banyak di tempat awam, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Namun, dia tidak kisah jika perlu ke mesin ATM terdekat bagi mengeluarkan wang cumanya, cara juruwang tersebut bercakap agak kasar dan tidak sopan didengar. Memalukan pelanggan sahaja di tempat awam.

Bukan sahaja itu, pelanggan tersebut turut memberikan cadangan kepada pihak pentadbiran syarikat tersebut bagi menambahbaik perkhidmatan mereka. 

 

 

Rata-rata wargamaya turut bengang dengan kisah yang diceritakan. Kata mereka “Kedai mamak pun sekarang terima transaksi pembayaran menggunakan kad”

Jadi apa pendapat korang? Dah bersedia ke kita ke arah menjadikan negara tanpa tunai seluruhnya? Selamat ke jika tiada cash langsung di dalam dompet? Apa-apa pun, sediakanlah payung sebelum hujan. Pastikan anda sentiasa bersedia terutama jika berhadapan dengan situasi begini.

 

Baca juga:

Marvel Studios Lancarkan Dua Trailer Baharu: Black Widow, Loki Kurang Daripada Seminggu

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.