Connect with us

Buletin

‘Swab Dubur’ Dikatakan Lebih Tepat Kesan Virus Covid-19

Satu tindakan yang agak aneh dan berani tapi ia benar membantu!

Published

on

Iya, perkara ini benar-benar berlaku. Kerajaan China telah mula melakukan ‘Swab Dubur’ terhadap penduduk di kawasan yang mencatatkan kes penularan wabak Covid-19. Difahamkan kaedah tersebut dikatakan mampu mengesan virus Covid-19 lebih tepat dan berkesan.

Menurut laporan, China mula melakukan kaedah ini dengan lebih kerap apabila mereka berjaya mengesan virus Covid-19 dalam badan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dengan lebih mudah. Satu tindakan yang agak aneh dan berani tapi ia benar membantu!

Untuk pengetahuan anda, cara petugas kesihatan di China mengumpul sampel tersebut ialah dengan memasukkan putik kapas ke dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter (1.2 hingga 2 inci) dan diputar-putar beberapa kali. Setelah selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan sebelum disimpan dalam bekas sampel. Proses keseluruhan bagi melakukan prosedur itu hanya mengambil masa 10 saat.

Tambah laporan, lebih daripada 1,000 kakitangan dan pelajar sekolah telah menjalani pelbagai ujian asid nukleik termasuk Swab Dubur dan kaedah swab dubur dipercayai telah digunakan di China sejak tahun lalu, khsusus terhadap individu yang tinggal di zon merah Covid-19 seperti Shanghai.

Selain itu, virus Covid-19 dikatakan bertahan lebih lama di bahagian dubur atau najis berbanding sampel yang diambil dari tekak dan hidung. Menurut media tempatan pula, ujian swab hidung dan tekak antara pilihan utama dan ramai memilih untuk lakukannya kerana ia mudah dan pantas untuk dilakukan berbanding swab test di dubur.

Seterusnya, difahamkan bahawa melakukan swab test di dubur tidaklah semudah seperti swab test biasa oleh itu ia hanya akan digunakan kepada individu di kawasan kuarantin utama dan kaedah ini juga sebenarnya membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.

Apa pendapat anda sekiranya kaedah ini diimpikasikan di Malaysia? Walaupun ia kedengaran agak kelakar dan tidak logik, kerajaan China percaya ia adalah satu langkah yang lebih mudah bagi mengesan virus Covid-19 yang ada dalam badan seseorang kerana virus yang ada ditekak mampu hilang dalam masa tiga hingga lima hari. Apapun, semoga kaedah ini dapat membantu China memutuskan rantaian Covid-19 di sana.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

 

 

 

 

Sumber: Kosmo Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.