Connect with us

Buletin

“Saya Sebenarnya Seorang Anggota Polis..” Lelaki Di TikTok Buru Warganet Yang Beri Komen Aibkan Keluarganya

Mula dapat komen-komen yang kurang enak didengari kerana beberapa warganet memberikan komen seolah isterinya telah berlaku zina dengan orang lain sehinggakan telah melahirkan anak yang wajahnya seperti orang Korea. 

Published

on

Sebelum ini tular di TikTok video seorang lelaki menceritakan kisah isterinya yang terkenan dengan wajah Korea sehinggakan anaknya yang lahir juga persis orang Korea hanya kerana isterinya menonton rancangan ini setiap hari sepanjang kehamilannya. Dalam perkongsian videonya sebelum ini jelas menunjukkan anak keduanya ini memiliki mata yang sepet dan kulit yang cerah sama seperti orang Korea malah anak pertamanya juga mempunyai iras wajah orang Korea.

Namun, perkara tidak manis pula berlaku baru 1 Mac lalu apabila lelaki tersebut membuat satu video khas berkaitan anak dan isterinya itu. Disebabkan kisahnya terlalu menarik, kisah mula tersebar dari TikTok ke Facebook dan di situlah mula terdapat komen-komen yang kurang enak didengari kerana beberapa warganet memberikan komen seolah isterinya telah berlaku zina dengan orang lain sehinggakan telah melahirkan anak yang wajahnya seperti orang Korea.

@bapaknsuami0rangTolong panjang video ni sahabat2 sekalian.Tempoh 5hari sahaja jika tidak..Faham2 lah sendiri..##diam2UbiBerisi♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

Menerusi video di TikTok, lelaki yang menggunakan nama @Bapaknsuamiorang ini telah menjelaskan bahawa dia sudah ada simpanan screenshot yang telah di ambil dari Facebook yang sesetangahnya dari diri sendiri dan ada yang dikongsikan oleh kawan-kawannya. Tambahnya, komen yang diberikan itu seperti orang yang tiada otak dan tiada agama. Perkara tersebut telah membuatkan dia berasa begitu sedih kerana ia melibatkan darah daging dan zuriatnya.

Dia yang merupakan sorang anggota polis di bahagian selatan itu menjelaskan bahawa sebelum ini dia bertugas untuk mengambil kes-kes seperti ini dan apabila perkara ini terjadi kpada dirinya sendiri, dia sangat terkesan. Lelaki ini kemudiannya menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk saman individu yang memberikan komen yang tidak baik itu dan sudah tersedia bukti sebanyak 20 hingga 30 profile individu telah di simpan.

Lelaki ini juga memberitahu bahawa dia memberikan tempoh sehingga 5 March 2021 untuk individu yang terlibat untuk memohon maaf kepadanya. Jika tiada yang tampil untuk berbuat demikian, dia tidak teragak-agak untuk menyaman individu yang terlibat.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] Suami Orang Curang Di TikTok Kena ‘Sound’ Dengan Warganet

Digelar Hanis Zalikha Versi Kulit Gelap, Gadis TikTok Tampil Luahkan Rasa Kecewa

 

Sumber: TikTok @bapaknsuamiorang

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.