Connect with us

Buletin

“Saya Akan Datang Minta Maaf,” – Ibu Suspek Akan Jumpa Keluarga Surya

Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.

Published

on

Masih lagi hangat dibualkan di media sosial tentang kematian adik Siti Nur Surya Ismail yang mati ditetak, kelar serta tangan kirinya putus akibat perselisihan faham dengan rakan baiknya sejak di tingkatan satu.

Abang kepada Allahyarham, Mohd Zaid Azroi masih tidak boleh menerima kenyataan yang adiknya dibunuh dengan kejam oleh rakan sendiri, sudah tiada buat selamanya.

Dia turut berkata masih berasa seperti mimpi dan tidak percaya adik yang selama ini menjadi ‘peneman setia’ ibu yang menghidap kanser otak pergi secara tiba-tiba ketika ditemui di tanah perkuburan adiknya.

Sumber: BH

Bagaimanapun, menurut satu laporan, ibu kepada suspek, Mala (bukan nama sebenar), berkata, jauh di sudut hatinya dia sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarham yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka.

“Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.

Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.

Dalam pada masa yang sama, dia turut mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi mereka sekeluarga sudah mula menerima cemuhan, sindiran serta lemparan kata-kata yang tidak sedap kendengaran di telinga.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Remaja Dibunuh Dengan Kejam Depan Ibu Yang Terlantar Sakit

“Saya Akan Terus Berdoa Kakak Tidak Salah,” Ibu Suspek Yakin Anak Bukan Pembunuh

 

 

 

 

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.