Connect with us

Buletin

#SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

Ramai rasa sedih dan marah, serta takut dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin. Dah tak fikir pasal raya…

Published

on

Kalau ikutkan trend pada setiap tahun, tentu saudara seislam kita di Tanah Palestin akan berhadapan dengan pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Israel. Ia juga akan berlaku setiap kali bulan Ramadan. Kesengsaraan mereka tentu dirasai oleh kita. Sementara itu, laporan terbaharu perkembangan semasa di sana melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta mencederakan 65 yang lain dalam serangan udara oleh Israel, semalam.

Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa. Dalam pada itu, antara personaliti TV yang aktif berkongsikan berita dan juga keadaan semasa di Palestin adalah Fedtri Yahya. Sering berkongsikan di Instagram, Fedtri berjaya membuatkan lebih ramai orang kita peka terhadap isu yang menimpa Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Baca juga: “Bersyukur Masih Boleh Beraya, Kasihan Rakyat Palestine” – Perkongsian PU Azman Buat Wargamaya Sebak

Dalam pada itu, salah seorang pengikut Fedtri sempat mengirimkan pesanan dan meminta untuk Fedtri terus membuat perkongsian mengenai Palestin. Menurut pengirim tersebut lagi, perkongsian Fedtri di Instagram membuatkan dia rasa sedih dan marah, serta takut dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.

“Pertama kali saya dah tak kisah pasal raya, pasal PKP, pasal kerja. Doa saya hanya pada Palestin sekarang ini,” kata salah seorang pengikut Fedtri.

Meninjau di ruangan komen pula, memang ramai mula menyuarakan rasa sedih dan marah terhadap serangan yang menimpa Palestin. Di Twitter pula, tanda pagar #SavePaletine terus menjadi sohor kini sehingga mendapat lebih 1 juta ciapan. Selain itu, ramai juga yang sudah tidak kisah dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Memang sedih dengan nasib yang menimpa suadara seislam kita di Tanah Palestin. 

Dalam rasa syukur kita masih boleh menyambut raya walaupun negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun rasa sedih dan marah tetap hadir melihat keadaan di Palestin. Jangan lupa doa kita buat mereka.

Baca juga: “Sama Seperti Waktu Saya Dahulu” – Ain Digelar ‘Anak Setan’, Kini Pandelela Rinong Tampil Beri Sokongan

Sumber berita: Berita Harian

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di