Connect with us

Buletin

Sadis! Nenek Tinggal Di Bangsal ‘Kandang Kambing’

Bangsal itu tidak dilengkapi dengan tandas

Published

on

Sedang ramai antara kita duduk di rumah yang selesa, seorang warga emas, Rabiah Jusoh yang menghuni kediaman dibina dari kayu terbuang seakan-akan kandang kambing di Kampung Pauh Seratus, Tumpat sejak 12 tahun lalu.

Jika lihat keadaan bangsal tersebut kelihatan amat uzur. Dinding dan lantai kediaman itu kini kian reput manakala bumbung bangsal sering diterbangkan angin ribut.

Namun masih mempunyai ruang kecil itu dijadikan tempat olehnya untuk tidur, memasak dan solat.

Rabiah berkata, lebih baik dia melakukan kerja kampung daripada menyusahkan tiga anaknya yang sudah berumah tangga dan perlu menanggung keluarga. Tambah pula, salah seorang anaknya sedang terlantar sakit strok.

“Rumah ini saya bina bersendirian sejak 12 tahun lalu perlahan-lahan bergantung kepada bahan binaan (kayu terbuang) yang dijumpai,” katanya sambil jari-jemari berkedut seribu dimamah usia mengesat air matanya.

Lebih menyedihkan lagi, bangsal itu tidak dilengkapi dengan tandas menyebabkan dia terpaksa ke sungai berdekatan dan untuk menyara kehidupannya seharian, dia bekerja dengan mengambil upah mengopek ikan bilis .

Dari situ dia hanya memperoleh RM10 untuk satu plastik besar mengandungi 10 kilogram ikan bilis.

“Dua hari masa diambil untuk siap mengopek satu plastik besar ikan bilis ini,” katanya sambil memberitahu keadaannya sudah tidak larat dan terpaksa bekerja dari rumah saja.

Bagaimanapun, kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society sudah memberi bantuan dan wakil persatuan, Che Norhayati Mohamed berkata, pihaknya sudah menjalankan hebahan mengenai keadaan warga emas itu dan berhasrat untuk membantu membina rumah baharu untuk keselesaan Rabiah.

“Sudah ada beberapa pihak memberi bantuan dalam bentuk bahan binaan serta kewangan. Kami akan segera bina rumah baharu untuk Mak cik Rabiah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan dana buat Rabiah, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 03072010137874.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ekstrem! Nenek 102 Tahun Buat Terjunan Setinggi Lebih 3 Ribu Meter

Nenek Ditikam Mati Cucu Sendiri

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.