Semalam pertama kalinya, pada 7 Januari 2021, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka tiga ribu iaitu sebanyak 3,027 kes. Jika dilihat angka ini semakin meningkat dari hari ke hari dan tiada tanda reda.
Jadi pagi tadi, Kool Talk menghubungi seorang doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada beliau tentang apakah punca utama peningkatan jumlah kes COVID-19.
Menurutnya, virus ini memang sudah berada dalam komuniti tapi punca peningkatan jumlah kes kali ini dari pemerhatiannya adalah kebanyakan pesakit tidak menjaga SOP.
“Saya nampak ada yang berjalan-jalan di luar tak ikut SOP lepas tu ada keluarga bawa anak makan dekat luar. Itu semua tak perlu lagi sebab virus ini ada dalam komuniti kita,” luahnya.
Jika inginkan dengar perbincangan yang lebih mendalam, klik saja disini.
Post comments (0)