Connect with us

Buletin

PKP 3.0 Tidak Sama Dengan Sebelum Ini, Terdapat Perubahan Dari Segi SOP

Hari ini buat pertama kali, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media bersama untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pandemik dan keselamatan negara.

Published

on

Hari ini buat pertama kali, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media bersama untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai situasi pandemik dan keselamatan negara.

Baca juga: Akhirnya Satu Malaysia PKP! Ini 11 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Antara inti pati yang dimaklumkan di dalam sidang media berkenaan, ternyata PKP kali ini agak berbeza dengan PKP yang terdahulu iaitu PKP 1.0 dan PKP 2.0. Hal ini adalah kerana, SOP perlu dijalankan mengikut keadaan semasa dan perlu juga mengambil kira keseimbangan kesihatan dan ekonomi rakyat.
Menurut, Ismail Sabri, SOP yang dijalankan kini berbeza dengan SOP dilaksanakan tiga bulan lalu, malah berlainan dengan SOP pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tambah beliau, setiap SOP diteliti sebelum dilaksanakan malah keputusan menjalankan PKP 3.0 juga diambil berdasarkan pelbagai peringkat penilaian, bukannya diumumkan begitu sahaja.

Disebabkan wujud kekeliruan dalam menjalankan SOP, ia kini akan diselaraskan mengikut peringkat. SOP akan diperinci dan diseragamkan untuk seluruh negara. Jika ada yang masih keliru tentang SOP PKP, ia boleh dilihat menerusi laman sesawang kementerian masing-masing.

 

Baca juga: “Tak Pilih Kasih, Tak Kira Manusia atau Haiwan..” – Ebit Lew Derma Makanan Ke Zoo Negara Sempena PKP

Sumber: Berita Harian , Bernama

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di