Connect with us

Buletin

“Pergi Mahkamah Pun Tak Pakai Facemask” – Netizen Bertambah Berang Neelofa Masih Langgar SOP Walaupun Di Mahkamah

Wargamaya mempersoalkan kenapa Neelofa tidak memakai pelitup muka disebalik niqab…

Published

on

Serba tidak kena. Mungkin itulah sesuai diungkapkan kepada selebriti popular, Neelofa apabila dilihat tidak berhenti dihujani kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kalau sebelum ini kecoh dengan berita Neelofa dipanggil ke Mahkamah atas dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekali lagi wargamaya menegur Neelofa yang dilihat tidak memakai pelitup muka apabila hadir ke Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan.

Dia yang dilihat hadir bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26 tahun, mendapat perhatian para wartawan juga sehingga gambarnya yang jelas mengenakan niqab itu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya. Gambar tersebut menimbulkan seribu satu persoalan sehingga wargamaya mempersoalkan kenapa Neelofa tidak memakai pelitup muka disebalik niqab itu.

Baca juga: Terima Ugutan Bunuh Dan Ditamatkan Kontrak Jenama Mewah, Bella Hadid Terus Dapat Sokongan Ramai

“Silalah pakai pelitup muka walaupun pakai niqab. Tak tahu pula kain niqab tu 3ply,” ujar seorang pengguna Twitter yang memberi komen selepas terlihat gambar Neelofa itu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat kenyataan berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu. Dalam kenyataan tersebut, jelas dinyatakan pemakaian purdah dan berniqab sahaja tanpa memakai pelitup muka tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

Jadi jelas tidak kira memakai niqa ataupun tidak, wajib untuk mengenakan sekali pelitup muka sekiranya berada di tempat awam. Wargamaya lain juga turut menyuarakan ketidakpuasan hati kepada pasangan selebriti itu kerana sering dilihat melanggar SOP. Bagaimanapun, isu tidak memakai pelitup muka di Mahkamah itu, pihak polis sahkan sudah terima laporan dan akan mulakan siasatan ke atas selebriti kontroversi itu. 

Baca juga: Siti Sarah Berang Ditegur Dengan Kasar Sebab Masak Sotong Dengan Dakwatnya, Pantas Dapatkan Penjelasan Pakar

Sumber daripada: Twitter & Harian Metro

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di