Connect with us

Buletin

Penggal Kepala Bapa Dan Berarak Keliling Kampung Sebab Tak Bagi Izin Kahwin Gadis Pilihan

Kejadian berdarah itu dipercayai berlaku akibat lelaki tersebut berang hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tidak direstui…

Published

on

Sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga, tentu ramai yang akan berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu dan mendapatkan izin mereka. Tentulah kita mahu ibu bapa dan juga keluarga kita menerima calon pasangan hidup kita. Maklumlah, perkahwinan bukannya satu commitment jangka masa pendek. Bagaimanapun, satu kes yang membawa kepada episod berdarah berlaku di Indonesia hanya kerana ibu bapanya tidak diberi izin untuk berkahwin.

Menurut laporan, seorang lelaki nekad memenggal kepala bapanya sendiri dan membawa kepala mangsa berarak keliling kampung untuk ditunjukkan kepada penduduk. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang pada 22 Mac 2021 di Lampung Tengah, Indonesia. 

Kejadian berdarah itu dipercayai berlaku akibat lelaki tersebut berang hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tidak direstui. Selepas membunuh bapanya, suspek kemudian meletakkan kepala mangsa yang dipotongnya ke dalam guni untuk ditunjukkan kepada para penduduk sambil berteriak, “bapaku sudah mati, bapaku sudah mati!”. 

Perbuatan suspek yang dikatakan melampau itu turut menyebabkan sesetengah penduduk melarikan diri kerana ketakutan. Sementara itu, ada yang percaya suspek mengalami gangguan jiwa sehingga bertindak membunuh bapanya sendiri dengan memenggal kepala mangsa. 

Kronologi Kes

Mangsa dilaporkan dibunuh selepas dia bersama isterinya yang dikenali dengan nama Ningsih, 55 tahun, pulang dari sawah. Selepas pulang, mangsa terus pergi duduk di belakang rumah, manakala isterinya pergi mandi. Dengan peluang yang terhidang itu, suspek kemudian terus mengambil parang dan menetak leher mangsa. 

Isteri mangsa yang juga merupakan ibu kepada suspek hanya menyedari kejadian itu selepas keluar dari bilik mandi. Sebali keluar dari bilik mandi, Ningsih terdengar suara seperti orang bergaduh di belakang rumah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat badan suaminya berlumuran darah tanpa kepala.

Ningsih kemudian terus menjerit ketakutan dan berlari keluar meminta bantuan jiran. Jiran yang terdengar jeritan Ningsih terus datang dan menghubungi polis. Suspek berjaya ditangkap pihak polis semasa sedang berarak membawa kepala mangsa. Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk siasatan selanjutnya. Dalam pada itu pihak polis menyatakan siasatan terhadap dakwaan suspek mengalami gangguan jiwa akan dijalankan serta bagi mengetahui motif sebenar suspek.

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Payahlah Kahwin” – Erra Fazira Berhasrat Untuk Berkahwin, Namun Tidak Dipersetujui Anaknya

Cari Bomoh Untuk Lakukan Upacara ‘Pindah Janin’ Akhirnya Dirogol Sebanyak 3 Kali

Sumber berita: Kompas

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.