Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pengambilan Khas Guru Secara ‘One-Off’ 2021, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon

today24 June 2021

Background

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) dikhabarkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

Usaha berkenaan adalah perancangan KPM bawah Pelan Pemulihan Negara yang sebelum ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi ia adalah satu berita gembira buat mereka yang sudah lama menanti untuk melibatkan diri sebagai tenaga pengajar di sekolah. Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah itu pengambilan secara β€˜one-off’, ia merupakan pengambilan secara besar-besaran yang dibuat sekali sahaja.Β 

Jumlah pengambilan guru kebiasaannya 5000 sahaja bagi satu tempoh, manakala pengambilan khas akan menempat 18,702 guru. Okay dah faham maksud β€˜one’off’, kita pergi pula ke kriteria pemohon yang boleh dipertimbangkan.Β 

Baca juga:Β Mahu Nikmati Kehidupan Normal, Mesej Balas Diterima Rakan Wartawan Rungkai Teka-Teki Keberadaan Anita Sarawak

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
  • Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
  • Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
  • Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN

Tapi bagi graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka bagaimana pula? Graduan tersebut akan ditempatkan mengikut kesesuaian opsyen pertama dengan kedua. Sebagai contoh, guru subjek Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains.

Proses Permohonan

Proses permohonan boleh rujuk portal rasmi SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) dan iklan akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021. Jangan lupa tarikh ini. Maklumat-maklumat lain akan diterangkan dengan lebih lanjut di iklan akan datang. Sedikit maklumat tambahan, pemilihan, saringan, temuduga dan proses pelantikan akan diuruskan oleh SPP. Manakala penempatan akan diuruskan oleh pihak KPM.

Status penempatan akan keluar pada bulan Oktober ini, dan kepada mereka yang terpilih diminta untuk bersedia ditempatkan di mana-mana sahaja bagi memenuhi keperluan negara. Jadi boleh siap sedia dengan tarikh permohonan dan selamat berjaya dengan permohonan anda!

Baca juga:Β Dilemparkan Tomahan Isu Selipar Masuk Masjid, Menteri Agama Tenang Beri Penjelasan

Sumber daripada: Berita Harian & Facebook

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Jangan sia-siakan penat lelah mereka

WARTAWAN EKSEKUTIF, AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF SEJAK kes Covid-19 pertama dilaporkan di negara pada 25 JanuaΒ­ri tahun lalu membabitkan tiga pelancong China yang tiba di Johor melalui Singapura, petugas hadapan menjadi barisan pertama yang β€˜mengorbankan diri’ untuk mempertahankan negara. Sedarkah kita bahawa petugas hadapan ini menyerahkan nyawa dan keringat mereka tidak kira siang dan malam, hujan atau terik demi memastikan negara bebas dari penyakit Covid-19. Namun, di sebalik pengorbanan... Klik […]

today24 June 2021