Connect with us

Buletin

Pekerja Kilang Dihadap Ke Mahkamah Kerana Palsukan Sijil Cuti Sakit

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di Syarikat EMS M Engineering Medical System Sdn Bhd di Seberang Perai Tengah antara antara 27 Oktober 2020 hingga 27 Februari 2021.

Published

on

Maksud MC ialah ‘medical certificate’ atau dalam bahasa Melayu, sijil cuti sakit dan sijil ini cuma boleh dikeluarkan oleh doktor yang telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council, MMC).

Dengan menyerahkan sijil cuti sakit ini kepada majikan, secara tidak langsung pekerja akan mendapat cuti bergaji. Malangnya, dengan sistem ini beberapa pekerja kilang menyalahgunakan sijil tersebut.

Semalam, seramai enam pekerja operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Penang atas pertuduhan memalsukan sijil cuti sakit dari sebuah hospital kerajaan.

Dah boleh cuti sampai bila-bila..

Bagaimanapun, tiga daripada tertuduh mengaku bersalah manakala tiga lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman dan Sri Pracha Nanthini Balabedha di dua mahkamah berasingan.

Di Mahkamah Majistret 1, Majistret Mohd Zaki memerintahkan denda sebanyak RM2,700 dan lima hari penjara bermula pada tarikh tangkapan terhadap Mohamad Hafizi Zainudin dan Muhammad Amir Md Ishak selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah memalsukan dokumen sijil cuti sakit.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Mohamad Hafizi Zainuddin dan Muhammad Amir Ishak mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan sijil cuti sakit. Manakala, seorang lagi tertuduh, Nurul Izzah tidak mengaku bersalah sebelum dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Di Mahkamah Majistret 2, Muhamad Zulhakimi Masdi didenda RM3,500 dan penjara lima hari bermula tarikh sabitan selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan sama.

Manakala dua lagi tertuduh Nur Farah Amirah Alisham dan Marsya Fatini yang mempunyai dua pertuduhan mengaku tidak bersalah di mahkamah sama.

Majistret kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di Syarikat EMS M Engineering Medical System Sdn Bhd di Seberang Perai Tengah antara antara 27 Oktober 2020 hingga 27 Februari 2021.

Akhir sekali, kesemua mereka didakwa dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Orang Lain Berseronok Tapi Kami Cuti Dibekukan! Saya Dah Rindu Mak Ayah” – Frontliner

Gara-Gara Takut Dijangkiti Covid-19, Lelaki Ini Tempah ‘Satu Flight’ Untuk Pergi Bercuti

Sumber: penangkini

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di