Connect with us

Buletin

Pasangan Kekasih Muda Kantoi Berkhalwat Beri Alasan ‘Basi’

Alasan hantar makanan tapi buat apa masuk bilik?

Published

on

Semakin hari, semakin berani anak muda melakukan pergaulan bebas. Kini kita kerap mendengar ataumembaca berita tentang pasangan remaja atau pasangan muda ditangkap khalwat oleg pihak berkuasa. Baru-baru ini, sepasang kekasih ditahan kerana telah disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Menutu laporan Harian Metro, PADK telah menerima maklumat dari penduduk di kawasan tersebut dan kemudiannya terus datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di rumah tersebut. Sebaik saja tiba pada jam 3.26 pagi, pintu rumah diketuk dan diberi salam lalu ia dibuka oleh seorang wanita berusia 22 tahun.

Anggota penguat kuasa PADK masuk untuk membuat pemeriksaan setelah diberi kebenaran dan menemui seorang pasangannya berusia 24 tahun yang bersembunyi di dalam sebuah bilik.

Dalam laporan, pegawai Penguatkuasa Agama Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika anggotanya meminta dokumen pengesahan sama ada mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri, mereka gagal berbuat demikian.

Sebelum ini juga, apabila ada pasangan yang kantoi dicekup pihak berkuasa mereka sering menggunakan alasan hanya datang ke rumah untuk menghantar makanan kepada kekasihnya sama juga seperti pasangan ini. Lelaki tersebut memberikan alasan itu dan menyatakan bahawa mereka baru pulang dari bersiar-siar di sekitar Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, alasan ‘basi’ itu tidak diterima dan ditambah pula kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen yang diminta menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat. Pasangan itu dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan oleh penguat kuasa agama untuk tindakan lanjut.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Baru Tiga Hari Kenal Di WhatsApp, Pasangan Remaja Ini Dicekup Berkhalwat Sewa Bilik RM50

Remaja Lelaki Ini Mati Hanya Disebabkan ‘Love Bite’

 

 

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di