Connect with us

Buletin

Orang Kampung Bantah Pekerja Top Glove Kuarantin Di Hotel Berdekatan Situ

Perkara ini menjadi igauan ngeri pada penduduk kampung.

Published

on

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang jumlah tertinggi dari Kluster Teratai.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kluster Teratai yang melibatkan kakitangan di kilang sarung tangan Top Glove setakat hari ini telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes paling tertinggi iaitu 4063.

Sumber: fbkkm

Sekaligus perkara ini menjadi igauan ngeri pada penduduk kampung di kawasan kilang tersebut.

Semalam, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan bantahan yang dibuat oleh penduduk kampung Batu Belah untuk menggunakan Hotel di kawasan tersebut sebagai tempat pusat kuarantin.

Kain rentang yang besar berjaya digantung oleh beberapa penduduk di kawasan tersebut berbunyi seperti…

“Penduduk kampung membantah sekeras-kerasnya pekerja Top Glove (warga asing) di kuarantin di hotel Ccmfort Kg Batu Belah,”

Apa pun pandangan orang kampung di sana, untuk masa ini janganlah kita bersikap terlalu mengikut perasaan.

Sekarang tiada masa untuk memilih ‘bulu’ tapi sekarang adalah masa untuk mengurangkan jumlah kes COVID-19 yang semakin menular.

Jika tidak diberi tempat untuk kuarantin, bukankah mengakibatkan sesebuah kawasan semakin teruk? Fikirkan.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pendapatan Top Glove naik 51%, cecah RM7.24 bilion

Maybank, Top Glove, Public Bank tiga syarikat terbesar Malaysia

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.