Connect with us

Buletin

Malaysia Sudah Tenat? Hospital Sungai Buloh Menyediakan Kontena Khas Untuk Penempatan Jenazah COVID-19 

Kes positif COVID-19 dalam negara kita semakin melonjak naik begitu juga dengan kes kematian. Dek kerana itu, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh menubuhkan ‘kontena’ khas untuk…

Published

on

Saban hari, kes positif wabak COVID-19 dalam negara kita semakin mencanak naik dari semasa ke semasa. Susulan itu, jumlah kematian pesakit COVID-19 kini hampir mencecah 2 ribu. Peningkatan jumlah kes kematian yang drastik ini telah membuatkan pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh bertindak untuk menempatkan jenazah-jenazah mangsa COVID-19 di sebuah kontena khas.

Umum mengetahui majoriti daripada mereka yang meninggal akibat jangkitan COVID-19 ini adalah mereka yang dalam golongan berisiko tinggi serta mempunyai penyakit yang merbahaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuat naik sebuah ciapan yang menyeru rakyat Malaysia untuk melindungi diri jika tinggal bersama golongan berusia dek kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih lagi jika menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Baca juga:[VIDEO] ‘Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Meninjau di ruangan komen posting tersebut di laman Facebook Harian Metro, orang awam khuatir dengan situasi yang sedang melanda Malaysia pada masa kini. Menurut mereka, pelbagai usaha telah pun dilakukan dan kini Malaysia sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga namun dilhat masib belum ada penurunan kes wabak ini. Ramai dalam kalangan mereka meluahkan agar pihak kerajaan bertindak untuk melaksanakan PKP ‘penuh’ seperti PKP kali  pertama sebelum ini dengan menutup kesemua sektor kecuali sektor perubatan.

Malah, isu ini lebih membimbangkan apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan isi hatinya yang turut berdukacita dengan keadaan Malaysia yang tidak menunjukkan penurunan kes positif COVID-19 ini. “Kita tidak mahu berakhir dengan hanya dua pilihan, memilih siapa yang harus hidup atau sebaliknya” luah DG Hisham.

Bagaimanapun, setiap individu amat memainkan peranan yang penting dalam membanteras wabak yang membawa maut ini. Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira golongan kayangan mahupun golongan marhaen jika tidak bersatu untuk mengikut perintah operasi standard prosedur (SOP), nescaya negara kita bakal menyusul seperti negara India. Oleh itu jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan mendaftarkan diri ada untuk suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera, jaga jarak 1 meter dan hanya keluar apabila perlu sahaja.

Baca juga:PKP 3.0 Tidak Sama Dengan Sebelum Ini, Terdapat Perubahan Dari Segi SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Twitter KKM, Facebook Harian Metro

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.