Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

M40 Juga Boleh Mohon Moratorium Bersasar?

today20 January 2021

Background

Belum sempat bernafas dengan lega sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),Β  kini lagi sekali Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dilaksanakan.

Lagi sekali, ramai terpaksa cuba bertahan demi meneruskan hidup. Jadi, bagi memberi sinar baru kepada orang ramai, Kool Chat pagi tadi menghubungi Pengarah Eksekutif Persatuan dan Kewangan Bank Islam, Radna bagi menjelaskan proses moratorium bersasar untuk PKP 2.0 ini.

BERNAMA - PKP: STAN desak lanjutkan moratorium pinjaman industri pelancongan

Sumber: cariangoogle

Menurutnya, moratorium bersasar kali ini target untuk kategori mereka yang terkesan ketika pandemik COVID-19 dan bencana alam, banjir.

“Ini untuk pelanggan bank yang terkesan kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan 2021 ataupun mengalami pengurangan dalam pendapatan. Jadi mereka layak memohon moratorium bersasar dan akan dapat penangguhan pembayaran selama tiga bulan.

Pengurangan bayaran moratorium juga bergantung pada kategori dimana bergantung pada kadar pemotongan. Jika individu tergolong dalam kategori B40, mereka boleh dapat pengurangan sebanyak 50% selama 6 bulan. Bagaimanapun, tawaran ini bergantung pada tawaran dari pihak bank,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya mereka tergolong dalam senarai M40 dan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka juga boleh mohon dengan cara self-declareΒ di mana-mana bank tanpa sediakan sebarang dokumen.

Untuk dengarkan lebih lanjut, klik saja di sini.

Written by: Afiqa Sarif

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *