Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lagi Kes Kereta Masuk Lorong Motosikal!

today7 January 2021

Background

Banyak kes kereta dipandu melawan arus disebabkan mabuk atau ingin lari dari sekatan jalan raya dan kejadian seperti ini sudah banyak tular di media sosial.

Video tular semalam pula menunjukkan sebuah kereta kelihatan berada di lorong motosikal dan ini bukan kali pertama kita lihat aksi bahaya ini.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Express Highway Jelutong kira-kira jam 6.30 petang.

Tindakan pemandu tersebut telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama mereka yang menunggang motosikal.

Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan sama ada pemandu tersebut tersalah masuk jalan atau ingin mengambil jalan mudah dengan mengelak kesesakkan lalu lintas untuk ke sesuatu destinasi.

Apa pun kita sebagai pengguna jalan raya, biarlah bersikap menghormati dan rasional ketika menunggang mahu pun memandu supaya tidak memudaratkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bukan Saja Geng Basikal, Geng Motosikal Pun ‘Monopoli’ Jalan Raya

Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya

 

 

 

Sumber: penangpress

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Jangan berdegil semasa musim banjir

NOR ERYANI,WARTAWAN EKSEKUTIFPADA hujung minggu lalu, beberapa negeri dilanda banjir antaranya Johor dan Pahang. Semakin hari, bilangan mangsa yang terjejas terus meningkat. Paling mengejutkan kejadian banjir yang melanda Pahang. Ia seakan-akan mengulangi kejadian bah teruk yang melanda negeri itu pada 2014 dan situasi pada musim ini juga tidak kurang teruknya. Keadaan itu menyebabkan ramai orang kehilangan harta benda selain kemusnahan alam sekitar seperti tanah runtuh dan kerosakan... Klik untuk baca […]

today7 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *