Connect with us

Buletin

Kompaun Serta Merta Lepas Jam 10 Malam!

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang tidak mengikuti SOP.

Published

on

Semalam Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Ismail Sabri telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui bersama pihak Menteri Kesihatan Negara berkenaan PKPB yang dilaksanakan di sekitar kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihak mereka akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan jika terdapat mana-mana individu gagal mematuhi SOP ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) dijalankan akan dikompaun serta merta.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang tidak mengikuti SOP yang ditetapkan selepas jam 10 malam kerana pada waktu siang, kita akan lebih longgar yang mana kita faham ramai penduduk daerah ini masih bekerja dalam tempoh PKPB,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, empat SJR utama dilaksanakan iaitu di Persiaran Kayangan Seksyen 7, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26, Plaza Tol Shah Alam dan Plaza Tol Setia Alam.

Turut dilakukan di tiga lokasi SJR dilaksanakan oleh IPD Klang Utara iaitu di hadapan Stesen Minyak Petron (berdekatan Aeon Mall Bukit Raja), Batu 8 Jalan Meru Tambahan dan Batu 10 Jalan Kapar.

Manakala di Klang Selatan, SJR diadakan di Persiaran Kota (susur keluar Majlis Perbandaran Klang), Batu 2 Jalan Langat (arah Klang ke Banting) dan Jalan Datuk Mohd Sidin.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

SOP Rasmi Sepanjang PKPB Di Selangor, KL & Putrajaya

Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak & Positif COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.